PELAKON filem Ola Bola, Luqman Hafidz antara peminat bola sepak yang bertuah kerana dapat membeli tiket menyaksikan pelawanan bola sepak Piala Dunia di Rusia pada saat-saat akhir.

Ujarnya, dia ketika itu bertemu tiga warga Argentina dalam kereta api sebelum mereka berkenalan dan berbual mengenai kejohanan sukan antarabangsa itu.

Salah seorang warga asing itu yang dikenali sebagai 'Messi' bertanyakan padanya pintu masuk untuk dia menyaksikan perlawanan bola sepak seterusnya.

Luqman berkata jujur dia tidak mempunyai tiket sekadar datang untuk menikmati suasana di stadium di sana.

"Mungkin ada banyak ulat tiket di sana seperti di Malaysia dan saya dapat beli tiket daripada mereka," katanya menerusi Instagramnya baru-baru ini.

Cerita 21/6 , proses Fifa fan ID(visa masuk stadium) , mahirkan line metro berakhir awal sbb senang ramai volunteer FIfa tlg. So decide lah nk jln2 ke stadium Argentina V Croatia. Saje2.tiket xde. . Otw dlm train jumpa 3 org Argentina, so mcm biasa sembang sembang lah ringan mulut , kalau x nnti bosan. Pertengahan Conversation. Messi : which gate are you? Aku: i hve no tickets for this game. I come to enjoy the stadium atmosphere and see the festival. And maybe, there will be a lot of ‘ulat tiket’ just like Malaysia, i can buy from them. . Dorang pun gelak2 smbil kluar kan satu tiket, dia kata “this is your luck right here”, kawan dorg x jd dtg sbb terlepas flight, drg jual harga asal tiket je, from football fans to footballs fans. 169US Dolar. . Hati aku melonjak gembira tp aku tahan, menggunakan pengalaman belakon aku yg tak seberapa, aku pun berlakon, “oh but i only have 3000 Rubbels (RM 188)” siap bukak wallet mimik muka kesian. Duit mmg aku asingkan dlm beg sikit, dlm baju sikit , dlm seluar sikit, so kalau kene curi pun aku still ada cash. . Dengan baik hatinya drg ckp , we sell to you 2000 Rubbels (RM124) , so you can spent the rest of it for food. Dengan Happy nye aku terima, dan mula lah larian aku bersama mereka ke Stadium sbb ktrg semua dah lambat. Syukur atas nikmat ini. . #ArgentinaVCroatia #worldcupgame2018 #alikemoscow

A post shared by Loki (@luqmanhafidz10) on


Bagaimanapun, bagaikan rezeki buat aktor apabila Messi tadi menawarkan tiket rakan mereka yang tidak jadi datang menyaksikan perlawanan di sana pada harga AS$169.

"Hati aku melonjak gembira tp aku tahan, menggunakan pengalaman belakon aku yg tak seberapa, aku pun berlakon, 'oh but i only have 3000 Rubbels (RM 188)' siap bukak wallet mimik muka kesian.

"Duit mmg aku asingkan dlm beg sikit, dlm baju sikit, dlm seluar sikit, so kalau kene curi pun aku still ada cash.

"Dengan baik hatinya drg ckp, we sell to you 2000 Rubbels (RM124), so you can spent the rest of it for food. Dengan Happy nye aku terima, dan mula lah larian aku bersama mereka ke Stadium sbb ktrg semua dah lambat. Syukur atas nikmat ini," katanya. - Teks oleh: Elrafaei Sapi