PENYANYI Aina Abdul akhirnya membuka mulut susulan isu busana avant-garde yang digayakannya sempena acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi kemas kini ringkas di Instagram Story, Aina berkata, dia jarang sama sekali untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
Namun, kali ini, dia terpanggil untuk menulis tentang komen, kritikan serta segala teguran yang diterima baru-baru ini.
“Selalunya, saya jarang sekali luah isi hati. It’s always work here. Tetapi hari ini, untuk saya tulis sesuatu. Ya, saya nampak semua. Saya baca semua.
“Saya baca, saya telitikan semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan, tinggalkan mesej dan komen yang membina dan baik. Saya sangat hargai dan Alhamdulillah,” katanya.
Tidak hanya itu, Aina turut memberitahu yang dia akan cuba sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya cuba yang lebih baik selepas ini ok?” katanya lagi.
Terdahulu, Aina meraih pelbagai reaksi mengenai pemilihan busananya yang dikatakan keterlaluan.
Selain itu, seorang pendakwah juga turut menggunakan gambar milik Aina dan menerangkan mengenai larangan mengenakan pakaian aneh di sisi Islam. - GEMPAK
Gempak
Tue Jul 25 2023
Aina Abdul akhirnya membuka mulut susulan isu busana avant-garde yang digayakannya sempena acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) yang berlangsung baru-baru ini. - Gambar GEMPAK
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.
Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana
Bagi Aina, segala cabaran yang dihadapi, sehingga pernah hampir putus asa, tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menggapai impiannya.
Sekarang masa untuk bekerja, bukan bercinta - Aina Abdul
"Rugi kalau ada lelaki hadir dalam hidup saya sekarang.... saya busy!"- Aina Abdul
Air mata Aina Abdul gugur kerana konsert Imaji Tour
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (14 Disember), Zepp Kuala Lumpur (27 Disember), dan Universiti Utara Malaysia (11 Jan 2025).
Gaun rotan Aina Abdul, penghargaan Melinda Looi untuk pengusaha kraf Malaysia
Aina beraksi di pentas Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2024 baru-baru ini dengan mengenakan gaun kembang berasaskan rotan hasil rekaan Looi.
Memukau! Magis Aina Abdul bawa penonton ke alam fantasi
Bukan sahaja terpukau dengan kelunakan dan kekuatan Aina malah iringan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) membuatkan penonton seolah-olah dibawa ke alam fantasi penuh magis.
Aina Abdul kongsi pengalaman bekerja dengan Melly Goeslaw
Aina berkata, Melly tidak menyekat kreativitinya selain memberi kebebasan dalam menyampaikan lagu tersebut mengikut caranya.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
'Alamak Raya Lagi' satu lagu yang bagus, harap peminat sokong De Fam - Aina Abdul
Dalam kegembiraan mendengar karya artis tempatan timbul pula isu lagu nyanyian De Fam itu seperti tidak bersyukur dengan hari perayaan Aidilfitri.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.