LOUIS Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Berita kematian mendiang Gossett Jr disahkan keluarganya dalam satu kenyataan keluarga pada Jumaat.
Bagaimanapun, keluarga mendiang tidak mendedahkan punca kematian.
Mendiang yang juga pemenang Oscar itu turut terlibat dalam beberapa drama pendek bersiri 'Roots' dan juga filem 'An Officer and a Gentleman'.
Mendiang juga memainkan peranan besar dalam watak pemimpin Mesir yang berdamai dengan Israel menerusi drama 'Sadat'.
Gossett, yang juga penerbit, pengarah, aktivis sosial dan pengasas Yayasan Eracism untuk memerangi perkauman, meninggal dunia di pusat pemulihan di Santa Monica, California, lapor Washington Post.
Keluarga mendiang mengucapkan terima kasih kepada semua yang menzahirkan ucapan takziah kepada mereka dan meminta semua pihak menghormati privasi keluarga pada waktu sukar ini.
Gossett mencipta sejarah pada tahun 1983 apabila dia menjadi lelaki kulit hitam kedua, selepas pelakon Sidney Poitier 19 tahun sebelumnya, memenangi Oscar.
Gossett membawa pulang anugerah untuk pelakon pembantu terbaik sebagai Sarjan Emil Foley dalam drama romantik lakonan Richard Gere, "An Officer and a Gentleman."
Gossett meninggalkan dua anak lelaki, Satie dan Sharron.
Agensi
Fri Mar 29 2024

Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun. - Gambar fail/REUTERS

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.