PENYANYI popular Indonesia, Mulan Jameela melawat suaminya, Ahmad Dhani yang kini berada di dalam tahanan di sebuah penjara di Jakarta Timur.

Memetik laporan kapanlagi.com, Mulan turut membawa dua orang anaknya Muhammad Ali dan Safeea Ahmad untuk berjumpa bapa mereka itu.

Kunjungan itu turut diiringi oleh pengurusnya, namun begitu, difahamkan, Mulan tidak memberi sebarang kenyataan kepada media ketika ditemui di lokasi tersebut.

Pada 28 Januari lalu, Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani.

Penyanyi itu dijatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.

Sumber : kapanlagi.com