Seorang lelaki berusia 21 tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang di kediaman mewah pelakon Demi Moore di Beverly Hills pada Ahad.
Polis yang tiba di lokasi kejadian pada awal pagi menjumpai mangsa, Edenilson Steven Valle, sedang diberikan rawatan kecemasan oleh paramedik. Mangsa dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut pegawai polis, Sarjan A. Bone dari Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), pelakon berusia 52 tahun itu tidak berada di rumah semasa insiden berlaku.
“Saya difahamkan mangsa merupakan salah seorang pekerja di rumah tersebut,” ujar Bone.
Memetik laporan portal TMZ, sumber dari pihak berkuasa mendakwa Valle tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam renang ekoran tidak tahu berenang.
Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Demi Moore terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem popular seperti Ghost (1990) dan G.I. Jane (1997).
Pelakon yang berasal dari Roswell, New Mexico itu pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama Bruce Willis dan kemudiannya Ashton Kutcher. Demi berpisah dengan Ashton pada 2013.
AFP
Mon Jul 20 2015

Seorang lelaki ditemui mati lemas dalam kolam renang di kediaman pelakon Demi Moore di Beverly Hills pada Ahad. - Gambar fail

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.

'Macam dalam penjara!' - Ellen DeGeneres dikecam gara-gara kenyataan tentang kuarantin
Bagaimanapun ia telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang berasakan kata-kata itu tidak sepatutnya disiarkan ketika ini.

Penganggur dicekup kes pecah rumah, curi kenderaan
Suspek berusia 23 tahun itu dikatakan telah memecah masuk sebuah rumah di kawasan kejiranan berkenaan yang dipercayai pulang ke kampung ketika cuti Tahun Baharu Cina lalu.

Taylor Swift, Joe Alwyn tidak lagi berselindung soal hati
Penyanyi pop terkenal Hollywood, Taylor Swift dan pelakon kelahiran British, Joe Alwyn nampaknya sudah tidak lagi berselindung mengenai hubungan mesra mereka.

Ikon TV dan drama '90210', Luke Perry meninggal dunia
Ikon TV dan aktor siri popular 90an Beverly Hills, 90210, dilaporkan telah meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami serangan angin ahmar beberapa hari lalu.

Penganugerahan Oprah Winfrey singkap lebaran baharu untuk wanita
Oprah Winfrey menyifatkan Anugerah pencapaian sepanjang hayat di Golden Globe Awards 2018 yang diterimanya pada Isnin merupakan permulaan untuk sesuatu yang baharu.

Lelaki ditemui lemas di kediaman Demi Moore
Seorang lelaki ditemui mati lemas dalam kolam renang di kediaman pelakon Demi Moore di Beverly Hills pada Ahad.

Justin Bieber terlibat dalam kemalangan di Beverly Hills
Kejadian berlaku di hadapan restoran yang sama di mana beliau dan Selena Gomez dilihat makan bersama beberapa hari lalu.