Pelakon dan juga anggota Running Man meminta jasa baik peminatnya di Malaysia untuk mencari telefon bimbitnya yang hilang.
Berita itu diberitahu oleh Lee Kwang Soo sendiri menerusi satu video yang dimuatnaik di YouTube.
Permintaan Lee Kwang Soo itu kemudiannya disambut baik oleh para peminatnya yang menyatakan kesanggupan mereka untuk mencari telefon.
Tidak dinafikan ada juga peminat yang tertanya-tanya mengenai perihal telefon tersebut sedangkan ahli termuda Running Man itu berada di Korea.
Bagaimanapun, kejadian itu hanyalah rekaan semata-mata dan ia merupakan hint yang menunjukkan Lee Kwang Soo bakal hadir ke Malaysia untuk menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat pengeluaran telefon pintar terbesar di dunia.
Instagram Lee Kwang Soo juga kini dihujani dengan komen-komen peminat dari Malaysia yang tidak sabar untuk bertemu dengan figura popular itu.