PENDAKWAH dan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah, PU Amirul Amin terkejut dan terkilan melihat segelintir kanak-kanak terpengaruh dengan fenomena lagu Bobo Dimana.

Kata PU Amin, situasi itu berlaku sendiri di depan matanya malah lebih mengejutkan ia membabitkan pelajar sekolah agama.

"Tadi lalu tepi sekolah rendah agama, saya tengok budak-budak tengah syok joget.

"Saya pergi dekat budak-budak ni, rupa-rupanya tengah rancak rakam joget lagu Bobo Dimana, joget sambil buat aksi soft porn depan budak-budak perempuan.

"Jadi, ini kesannya. Generasi Islam sudah hancur Ya Allah," tulisnya di Instagram.

Teruskan berhibur , teruskan berparody , teruskan bergelak tawa . Sedikit demi sedikit ummat islam dirosakkan bermula generasi kecil belum baligh sehingga cerdik pandai.. . Ya itu hiburan , Ya itu mainan , kalau mahu ummat ini jadi songsang dan sesat , nantikan AZAB dari Allah.. . Ya Rasulullah ! Kami tidak sanggup melihat Dajjal menang di akhir zaman ini.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Lagu Bobo Dimana menggandingkan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Nursajat dan Lucinta Luna.

Malah, lirik video lagu yang dirakamkan di Indonesia itu sudah dimuat naik di YouTube sejak seminggu lalu.

Terbaharu, rapper terkenal Indonesia, Roy Ricardo menyuarakan keluhannya apabila lagu asalnya, Semalem Bobo Dimana (2014) didakwa telah diciplak.

Baca: "Tolong Minta Izin Saya!" - Lagu Bobo Dimana Didakwa Tiru Lagu Lain? Rapper Indonesia Buka Mulut

Sehingga kini, lirik video Bobo Dimana malangnya telah mendapat 312,000 dislike.