Lagenda Punk, Lou Reed meninggal dunia akibat komplikasi selepas melakukan pembedahan pemindahan hati pukul 11 pagi pada Ahad ketika usianya mencecah 71 tahun.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Long Island, sebuah kota kecil di Brooklyn, tempat beliau dilahirkan.

Dianggap sebagai godfather of punk, Reed seorang komposer dan juga penyair yang menubuhkan band, Velvet Undeground bersama pemuzik John Cale Welsh pada tahun 1965.

Dikenali antaranya menerusi lagu Perfect Day dan Walk on the Wild Side, Reed dianggap salah satu penyanyi dan penulis lagu genre musik punk yang paling berpengaruh.

Karyanya bersama seniman Andy Warhol pula menjadi salah satu yang paling revolusioner dalam perkembangan seni kontemporari.

Bersama Velvet Underground, Reed sempat menghasilkan empat buah album manakala ketika aktif secara solo, beliau menghasilkan 20 buah album.

Pada 2011, Reed berkolabrasi bersama band Metallica menghasil sebuah album yang diberi judul Lulu.

Salah seorang anggota Velvet Underground, John Cale, menulis dalam laman mikro twitternya: "Dunia telah kehilangan seorang penulis lagu dan penyair yang baik... saya kehilangan 'teman sekolah saya."