BINTANG realiti televisyen Kylie Jenner telah menyebabkan stok pasaran syarikat pemilik aplikasi Snapchat, Snap Inc. di Wall Street kehilangan US$1.3 bilion (RM5.1 bilion) selepas mendedahkan melalui Twitternya yang dia tidak lagi menggunakan aplikasi Snapchat.
"Ada yang tak main lagi Snapchat ke? Atau cuma aku... sedihnya," katanya melalui akaun Twitter @KylieJenner.
Saham syarikat Snap Inc. terus jatuh mendadak selepas adik Kim Kardashian itu mengadu berkenaan pengubahsuaian reka bentuk aplikasi Snapchat melalui media sosial itu.
Setelah saham syarikat media sosial itu jatuh hampir lapan peratus, saham ditutup enam peratus rendah di Wall Street dan kini kembali hampir mencecah harga US$17 (RM66.60), di mana saham itu disenaraikan apabila syarikat itu berada dalam apungan pasaran saham.
Snapchat menghadapi persaingan sengit dengan aplikasi Instagram terutamanya untuk pengguna selebriti dan keadaan menjadi kucar-kacir terutamanya para pelabur apabila Kylie membuang akaun Snapchat miliknya.
Namun Kylie sempat tweet meluahkan rasa sebak setelah dia membuang akaun Snapchat.
Sebelum ini, Snap Inc. menolak aduan mengenai pengubahsuaian reka bentuk kandungan aplikasi November lalu.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Snap Inc., Evan Spiegel, berkata pengguna hanya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ciri-ciri baru daripada pengubahsuaian reka bentuk kandungan aplikasi itu.
Seramai satu juta orang menandatangani petisyen untuk memohon syarikat Snap Inc. mengembalikan ciri-ciri asal aplikasi itu.
Agensi
Fri Feb 23 2018
![Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519371493_KYLIEJENNER.jpg)
Saham syarikat milik aplikasi Snapchat jatuh di Wall Street selepas Kylie Jenner membuang akaun Snapchat miliknya. - Instagram/@KylieJenner
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Supermodel Miranda Kerr dikurniakan anak lelaki Supermodel Miranda Kerr dikurniakan anak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51571177912_TBMIRANDAKERRBABY.jpg)
Supermodel Miranda Kerr dikurniakan anak lelaki
Berita gembira itu dikongsikan bersama suaminya Evan Spiegel dalam satu kenyataan kepada portal People.
![Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519371493_KYLIEJENNER.jpg)
Kylie Jenner buang akaun Snapchat, Snap Inc. panik di Wall Street
Kylie Jenner telah menyebabkan stok pasaran Snapchat di Wall Street kehilangan US$1.3 bilion selepas dia membuang akaun Snapchat miliknya.
!['Wang Botingkek-Tingkek': CEO Snapchat Evan Spiegel dapat imbuhan RM2.5 bil 'Wang Botingkek-Tingkek': CEO Snapchat Evan Spiegel dapat imbuhan RM2.5 bil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81519348807_CEOSnapchat.jpg)
'Wang Botingkek-Tingkek': CEO Snapchat Evan Spiegel dapat imbuhan RM2.5 bil
Ketua Eksekutif Snapchat (Snap) Evan Spiegel mendapat 'durian runtuh' apabila dilaporkan menerima 'imbuhan' AS$637.8 juta (RM2.550 bilion) sepanjang tahun lalu.