ADIK kepada pelakon Neelofa, Nur Ameera Khan mengakui terkilan apabila keluarganya menjadi bahan ejekan dan sindiran netizen di media sosial.
Kata Ameera, 17, dia terkesan apabila keluarganya diheret dalam komen-komen negatif di Instagram dan Twitternya.
"Apa yang saya cakap dan tulis di media sosial adalah diri saya sendiri. Saya tampil secara individual dan bukan berdasarkan lesen kakak-kakak saya.
"Cara saya memang terbuka, saya cakap apa yang saya rasa perlu namun saya akan menjadi defensif apabila ada komen-komen atau kritikan yang melibatkan keluarga saya.
"Itu sebabnya saya balas komen tertentu.
"Saya tak kisah kalau orang hentam saya tapi saja mohon agar jangan petik nama keluarga saya," katanya yang ditemui pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor hari ini.
BACA: Nak kecam kecamlah! Tapi saya tak akan buka tudung - Neelofa
Ameera mengakui dia tidak membaca komen-komen yang ditulis netizen di media sosialnya terutama yang berbaur negatif.
"Saya akan tutup ruang komen kalau merasakan ia tidak perlu diulas namun netizen akan tetap menghukum saya walau apa sahaja yang saya lakukan," jelasnya.
Terdahulu, Ameera dikritik netizen apabila didakwa memakai pakaian seksi ketika sedang bercuti di Itali bersama keluarganya baru-baru ini.
Baju yang mendedahkan sebahagian daripada bahunya itu dikatakan tidak sesuai dengan usianya sekali gus menjejaskan nama baik keluarga terutama Neelofa.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @littlemisskhan
Gempak
Thu Sep 28 2017
Ameera mengakui dia tidak membaca komen-komen yang ditulis netizen di media sosialnya terutama yang berbaur negatif.
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kutuk saya, jangan kutuk keluarga saya - Adik Neelofa, Ameera Khan
Adik kepada pelakon Neelofa, Ameera Khan mengakui terkilan apabila keluarganya menjadi bahan ejekan dan sindiran netizen di media sosial.