PADA pertemuan dengan media beberapa jam sebelum siri konsert Nusafest Presents Kunto Aji Live In KL 2003 di Zepp KL, sang komposer, pemuzik dan penyanyi itu berulang kali menyatakan karya-karyanya bukan ubat.
“Saya tak bilang muzik saya boleh mengubati semua orang, muzik saya bukan ubat, saya yakin jika ada banyak masalah perlu pergi ke profesional,” katanya meminta pengertian.
Kunto Aji, 36, tidak mahu jika konotasi karya-karyanya sebagai terapi atau healing boleh memberi pengertian yang berbeza sehingga barangkali boleh menimbulkan fahaman bahaya mendengarkan lagu Kunto Aji, seseorang boleh sihat atau masalah gangguan kesihatan mental membaik.
Itu yang penyanyi dengan rambut ikal dan sering menyambut sesiapa pun dengan ‘salam hangat’ tekankan.
Tapi apa yang Kunto Aji barangkali tidak tahu adalah karya-karyanya adalah candu yang bukan bersifat klinikal.
Ia tidak datang dalam bentuk tablet mahupun cecair tetapi lagu-lagunya membuat perasaan dan minda bergerak kepada satu suasana aman, damai, nyaman dan menyenangkan - meski mendengarkannya selalu membuat ada air mata mengalir diam-diam.
Tanyalah kepada semua penggemar karya Kunto Aji. Menerusi dua albumnya, Generation Y dan Mantra Mantra, kesemua lagunya adalah candu perasaan - walaupun dia menekankan karyanya bukan ubat.
Jika tidak masakan pada konsert anjuran Shiraz Projects yang berlangsung sekitar 90 minit, lebih 2,000 penggemar yang hadir begitu terpesona lalu masuk dalam dunia dan karya ciptaan Kunto Aji.
Seawal persembahan yang dibuka dengan Sulung, perasaan penggemar sudah seperti ‘gentayangan’ - antara mahu berpesta atau berdiri menikmati dengan penuh perasaan yang bergelora.
‘Gentayangan’ mahu berpesta kerana persembahan visual yang dimainkan sangat menangkap mata. Kunto Aji dan timnya sangat memahami bahawa sesebuah persembahan memerlukan kreativiti yang baik supaya penggemar kecanduan untuk menonton ‘penceritaan’ mereka.
‘Gentayangan’ mahu melayan perasaan pula adalah kerana lirik dalam karya-karyanya yang terlalu ‘jahat’ tetapi menggoda.
Sekadar mengambil contoh, bait kata yang diikat menjadi lirik dalam lagu-lagu seperti Terlalu Lama Sendiri, Mercusuar, Rancang Rencana dan Amatiran mengusik perasaan dalam nuansa yang beragam; suka, duka, teruja, pasrah, pujukan, pujian - ah, semuanya ada.
Dan begitu juga saat Saudade misalnya dilantunkan, ia dirayakan dengan penuh bahagia oleh penggemar yang tiba-tiba seperti menjadi sebuah pasukan menyambut permintaan dan menerima arahan Kunto Aji yang terkenal dengan panggilan Mas Kun untuk sama menyanyi.
Saat Pilu Membiru dan Rehat dipersembahkan, sekali lagi penyanyi ini membawa kapalnya yang dipenuhi beragam perasaan untuk menemukan kebaikan pada hujungnya dengan cermat tetapi mengujakan.
Ekspektasi dengan melodi dan lantunan bait ke bait liriknya yang jelas membuat sesiapapun tidak akan mampu bertahan untuk hanya berdiam diri. Lagu ini terlalu kuat ‘sihirnya’.
Sebelum Akhir Bulan, Selaras, Jakarta-Jakarta dan Suara Gema misalnya menggamit momen tersendiri sama seperti saat Kunto Aji mendendangkan lagu khas yang dibikin buat allahyarham bapanya, Salam Pada Rindu
Konon Katanya dipilih sebagai penutup konsert pada malam itu.
Meski konsert diakhirnya namun Kunto Aji yang hadir ke Malaysia buat kali kedua membawa sama khabar gembira.
Dia mengumumkan album baharu yang juga ketiga akan dirilis September depan dengan filosofi tentang kedewasaan.
“Menilik Benih akan menjadi album ketiga saya September nanti. Ada sembilan lagu seperti sebelumnya. Ditunggu ya,” kata Kunto Aji.
Dan mengingat betapa lima tahun ini Kunto Aji mampu berhidup dan terus melakukan persembahan demi persembahan dengan hanya ‘menjual’ keajaiban yang ada dalam Mantra Mantra adalah sesuatu yang sangat hebat.
Ia memberi indikasi apabila seseorang pelaku seni mempunyai sebuah karya yang mengesankan, memutar atau menonton berjuta tidak akan pernah melelahkan.
Terima kasih Kunto Aji - sang sedatif hati dan perasaan yang cukup menenangkan. - Gempak
Gempak
Mon Aug 07 2023
Kunto Aji tidak mahu jika konotasi karya-karyanya sebagai terapi atau healing boleh memberi pengertian yang berbeza sehingga barangkali boleh menimbulkan fahaman bahaya. - Gempak
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Kunto Aji Live In KL 2023: Candu dan terapi tanpa khidmat profesional yang berkesan
Tanyalah kepada semua penggemar karya Kunto Aji, kesemua lagunya adalah candu perasaan - walaupun dia menekankan karyanya bukan ubat.
Kunto Aji rawat rindu, bertemu peminat di Zepp KL Ogos ini
Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung "Nusafest Presents", Kunto Aji akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam.
'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.