LULUH hati penyanyi muda Reedzwan apabila hasratnya untuk menziarahi kubur arwah bapanya di Perak tidak kesampaian apabila tanah perkuburan itu telah diratakan tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Reedzwan atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 22, dia masih kaget dan terkejut dengan apa yang berlaku.
"Aku baru sampai Perak… aku nak tengok kubur abah. Lepas itu aku tengok kubur abah dah tak ada. Batu nisan pun mereka susun tepi macam itu saja.
"Kalau mereka nak tambak pun sekurang-kurangnya beritahu ahli keluarga dulu. Ini tak tahu cerita apa-apa, tiba-tiba kubur hilang," kata Reedzwann yang tidak bercerita lebih lanjut lokasi sebenar tanah perkuburan tersebut.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Adakah Ini Mimpi kecewa pihak masjid yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perkuburan itu tidak memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Malah, kata Reedzwan dia hanya menemui batu nisan yang dikumpul di tepi tanah perkuburan tanpa sebarang makluman.
"Pihak masjid tak beritahu apa-apa pun… tahu-tahu kubur abah dah tak ada. Lepas itu, mereka longgok semua batu nisan dekat tepi," tulisnya.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu May 05 2022
Penyanyi lagu Adakah Ini Mimpi kecewa pihak masjid yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perkuburan itu tidak memaklumkan mengenai perkara tersebut. - Gempak
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kubur arwah bapa hilang, Reedzwan menangis hanya dapat jumpa batu nisan berlonggok
Luluh hati penyanyi muda Reedzwan apabila hasratnya untuk menziarahi kubur arwah bapanya di Perak tidak kesampaian.