VIRANDEEP Singh mencipta sejarah apabila muncul pemain kriket negara pertama menjuarai Liga Perdana Nepal bersama pasukannya, Chitwan Tigers.
Chitwan Tigers menewaskan Pokhara Rhinos dengan kelebihan empat Wicket dalam aksi final di Kirtipur pada Sabtu.
Menerusi perkongsian Virandeep bersama wartawan, Karl Nunis, dalam Nadi Weekend pada Ahad, pemain negara itu mengakui bahawa dia kini lebih memahami erti semangat sepasukan sebenar sambil melabel pengalamannya bersama Chitwan Tigers sebagai momen terbaik sepanjang kariernya.
"Saya amat-amat gembira kerana ini merupakan liga francais pertama saya dan kami memenanginya.
"Daripada segi pengalaman, saya banyak belajar kerana mereka bermain di satu tahap yang lebih tinggi - daripada segi pendedahan.
"Pemain kami di sini sudah biasa bermain di tahap tertinggi. Mereka banyak beraksi di peringkat antarabangsa, jadi mereka banyak berkongsikan pengalaman mereka kepada kami.
"Jadi, saya banyak belajar daripada mereka dan perkara paling penting, mereka semua amat rendah diri dan sangat baik hati.
"Saya fikir ini adalah pasukan terbaik yang pernah saya sertai. Saya kini memahami nilai sebenar semangat sepasukan dan saya amat menikmati setiap waktu saya di sini dan bersyukur dengan peluang yang diberikan," katanya.
Astro Arena
Sun Oct 10 2021
Virandeep mengakui bahawa dia kini lebih memahami erti semangat sepasukan sebenar sambil melabel pengalamannya bersama Chitwan Tigers sebagai momen terbaik sepanjang kariernya. - Astro ARENA
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
Kriket Piala Dunia: New Zealand mara ke pusingan akhir, berbilion rakyat India kecewa
New Zealand bakal berdepan sama ada pasukan Australia atau England dalam pusingan akhir piala dunia itu.
Kriket: Malaysia berada di landasan yang tepat
Pasukan bawah 19 tahun Malaysia menempah tiket beraksi dalam Kejohanan Piala Asia selepas melangkah ke final dalam saingan Kelayakan Piala Dunia rantau Asia.
Kempen #batfornepal bantu mangsa gempa bumi Nepal
Walaupun teruk dilanda gempa bumi kuat April lalu, pasukan kriket kebangsaan Nepal tampil berani untuk mencabar mana-mana pemain kriket dunia.