Mark Wahlberg dilaporkan menerima tawaran keemasan untuk membintangi filem terbaru “Broken City”.
Pelakon itu menyatakan, dia gembira dengan tawaran dan peluang yang diberikan selain menyifatkan jalan cerita filem ini sukar dijangka dan dipenuhi misteri.
“Antara kelebihan saya menerusi filem ini adalah berkesempatan berlakon di samping Russell Crowe sekaligus mengembangkan bakat bersamanya,” kata Wahlberg.
Wahberg bakal memainkan peranan sebagai seorang pegawai polis bernama Billy Taggart yang kemudiannya menjadi penyiasat persendirian.
Berlatarbelakangkan New York, Billy diupah oleh klien berprofil tinggi iaitu Datuk Bandar New York sendiri yang bakal dijayakan oleh Crowe.
Bagaimanapun Walhberg mendakwa tugasannya di dalam filem ini melangkaui jangkaan.
“Begitu jarang sekali untuk mana-mana pengarah membuat filem seperti ini berikutan jalan ceritanya yang unik selain sukar untuk menjangka bagaimana filem ini akan berakhir,” tambahnya.
“Broken City” merupakan sebuah filem aksi thriller, turut menyentuh isu perhubungan, kebuluran, hartanah dan korupsi politik.
Walaupun berminat dengan dunia politik, pelakon berusia 41 tahun ini tidak bercadang untuk menceburi bidang berkenaan.
“Ramai orang yang suka mengikuti perkembangan isu politik, dimana pada masa sekarang ini pun kita boleh lihat betapa banyaknya korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Amerika Syarikat dan seluruh dunia,” ujarnya.
Pelakon ini mendakwa, filem ini bakal memberikan impak yang besar terhadap ahli politik selain mengharapkan ianya mendapat sambutan yang memberansangkan nanti.
Sementara itu, filem ini turut dibintangi Catherine Zeta Jones dan Jeffrey Wright.
Astro Awani
Thu Feb 28 2013
Tekanan kerja: Pekerja UK paling tertinggi dalam kalangan negara Eropah
Laporan itu diterbitkan untukCommission for Healthier Working Lives untuk memperbaiki situasi pekerjaan yang diperlukan dalam perundangan baharu.
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Mengurus risiko dalam aset pelaburan aset alternatif
Ketahui strategi pelaburan aset alternatif seperti Bitcoin, minyak, dan emas dengan memahami risiko dan ganjaran yang terlibat. Artikel ini membincangkan cara mengimbangi portfolio pelaburan anda untuk mencapai diversifikasi yang berkesan tanpa mengorbankan kecairan.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
PPUW: Program latihan perkasa usahawan veteran ATM
Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan dan LTAT bagi membina ekosistem yang lebih inklusif serta mampan khusus untuk veteran ATM.
Hubungan diplomatik dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Presiden Republik Korea, Yoon Suk Yeol dalam ucapan pembukaan semasa pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk meluaskan bidang kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan industri masa depan.
Presiden Republik Korea, Yoon Suk Yeol dalam ucapan pembukaan semasa pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk meluaskan bidang kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan industri masa depan.
Malaysia perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia telah bekerja keras untuk membina hubungan antara industri semikonduktor Malaysia dan industri semikonduktor Brazil melalui lawatan kerja Anwar ke negara Amerika Latin itu baru-baru ini.
Industri tempatan: Pacu Bursa dengan nilai pelaburan RM250.6 juta
Institusi tempatan merupakan pemacu utama Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatat aliran masuk bersih RM250.6 juta minggu lalu.
Mr DIY: Syarikat sekutu rancang IPO kumpul AS$297 juta
PT Daya Intiguna Yasa merancang untuk menawarkan sebanyak 2.5 bilion saham dalam IPO, termasuk 2.3 bilion saham yang kini dipegang oleh pemegang saham Azara Alpina Sdn Bhd.
Belasungkawa: Legenda muzik Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Korupsi politik dalam Broken City
Mark Wahlberg dilaporkan menerima tawaran keemasan untuk membintangi filem terbaru "Broken City".