Malah, kedua-duanya akur akan tindakan untuk menarik balik gelaran finalis Dewi Remaja ekoran scandal video yang tular sejak minggu lalu.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan.
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku," kata Ernisha.
Permohonan maaf terbuka turut dilakukan oleh Fazreen.
“Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat.
"Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan.
"Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka," katanya.
Mengikut perjanjian kontrak penyertaan pencarian Dewi Remaja 2018/2019, peserta dilarang daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan yang reputasi para peserta sendiri.
Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik juara Haneesya Hanee ditarik semula ekoran penyebaran video kontroversi gadis itu sedang berhibur di sebuah kelab malam.
Dalam video berkenaan, Haneesya ditemani beberapa finalis Dewi Remaja 2018/2019 termasuk Ernisha dan Fazreen.
Sumber: Majalah Remaja