KUALA LUMPUR: Band tersohor Indonesia, Dewa 19 akan mengubat rindu peminat apabila singgah di Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka dalam rangka konsert jelajah 30 Years of Dewa 19.
Konsert ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ kumpulan itu pastinya akan lebih istimewa apabila menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas.
Pengasasnya, Ahmad Dhani, berjanji akan mempersembahkan rendisi lagu yang tidak pernah serta jarang dinyanyikan dalam konsert mereka sebelum ini.
Bakal berlangsung pada 10 September depan di Axiata Arena, di sini, konsert itu akan turut disertai beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.
Konsert ini mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi, manakala Kesion Malaysia dan EF Media pula selaku rakan media rasmi.
Tiket-tiket berharga sekitar RM168 sehingga RM488 sudah boleh didapati bermula jam 11 pagi ini dengan melayari laman web https://www.ticket2u.com.my/dewa19
Astro Awani
Mon Jul 18 2022

Ahmad Dhani berjanji mempersembahkan rendisi lagu yang tidak pernah serta jarang dinyanyikan dalam konsert mereka sebelum ini.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Once bakal bawa Dealova di konsert Trio Terhebat, jelaskan hubungan terkini dengan Ahmad Dhani
Hubungan Dhani dan Once pernah renggang selepas dia dilarang membawa lagu ciptaan komposer tersebut dalam persembahan solo sekitar tahun lalu.

Kemewahan santapan jiwa Dewa 19 'A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia'
Sekitar 7,000 Baladewa dan penggemar yang memenuhi Axiata Arena malam tadi untuk berkenalan dan menikmati Dewa 19 A Night At The Orchestra.

PM Anwar terima kunjungan Ahmad Dhani
Perdana Menteri menitipkan harapan semoga industri muzik Malaysia dan Indonesia akan terus subur.

'Ia budaya baharu di negara saya' - Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia
Menurut Dhani, antara faktor yang mendorong kejayaan tersebut adalah kerana kumpulan orkestra Malaysia mempunyai gabungan dan kepakaran daripada pemuzik antarabangsa.

'Wow aneh, sudah lama tidak dilarang' - Once komen larangan nyanyi lagu Dewa 19
Ahmad Dhani melarang Once mendendangkan lagu-lagu Dewa 19 memandangkan kumpulan tersebut akan mengadakan beberapa buah konsert besar dalam masa terdekat.

Jokowi 'layan' konsert Dewa 19 di Medan
Jokowi yang sekian lama dikenali sebagai peminat kumpulan rock menyertai pengunjung menyaksikan persembahan secara langsung konsert Dewa 19 di pusat Konvensyen di Medan, Sumatera Utara.

Terubat rindu, 9,000 tonton konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19
Seramai 9,000 peminat dihiburkan dengan persembahan lebih 30 buah lagu daripada Dewa 19.

Tiket konsert Dewa 19 'Pupus' dalam masa sejam
Selain kehadiran Ahmad Dhani yang terlepas aksi di Stadium Melawati pada 2019, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha hinggalah penyanyi terbaru Ello.

'Penjara hadiah terbesar Allah buat saya' - Ahmad Dhani
Ahmad Dhani pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter.

Gara-gara gout Ahmad Dhani derita dalam penjara
Kerana penyakit gout kembali menyerang, artis terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sukar berjalan dan dilaporkan sedang menderita dalam penjara.