KUALA LUMPUR: Selepas 30 tahun, komposer muzik popular dari India Deva kembali ke Malaysia menerusi konsert Thenisai Thendral Deva Live in Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun ini.
Kali terakhir legenda muzik itu beraksi di pentas Malaysia adalah pada 1993 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Lebih mengujakan Deva atau nama penuhnya Deva Chokkalingam akan beraksi secara solo buat pertama kali di Malaysia selain mungkin terdapat kejutan yang bakal menanti kepada penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif PoketPlay Sdn Bhd, Veerasegar Thyagarajan berkata, pihaknya telah memanjangkan jemputan kepada pelakon superstar, Rajinikanth sebagai tetamu jemputan utama bagi konsert itu.
"Kalau beliau (Rajinikanth) tidak sibuk dengan penggambaran dan tiada aral melintang, besar kemungkinan beliau akan hadir," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Konsert anjuran bersama City Productions dan PoketPlay Sdn Bhd itu juga akan menampilan barisan penyanyi terkenal seperti Hariharan, Anuradha Sri Ram, Unni Krishnan, Harini, Sabesh, Murali, Srikanth Deva, SP Charan, Priyanka dan Alka Ajith.
Konsert itu bakal mencipta detik ajaib kepada lebih 19,000 penonton di Malaysia, dengan lagu hit merangkumi pelbagai era.
Menurut Veerasegar, 43 lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu dipilih peminat menerusi undian pengundi di laman sosial penganjur.
Lebih 30 tahun perjalanan kariernya, anak kelahiran Tamil Nadu itu mencipta muzik bagi lebih 400 filem pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telegu, Malayalam dan Kannada.
Sebut saja filem Baasha (1995) lakonan Rajinikanth, siapa yang tidak kenal, filem ini pernah menjadi fenomena bukan sahaja kepada peminat India malah seluruh negara termasuk Malaysia.
Ramai yang masih ingat 'impak' yang ditinggalkan filem itu sehingga meniti di bibir peminat sehingga ke hari ini. Deva adalah individu yang berada di sebalik irama yang memukau jutaan peminat Rajinikanth itu.
Juga dikenali sebagai King of Gana, tidak keterlaluan jika dikatakan tahun 90-an dan awal 2000 adalah era kegemilangan Deva. Buktinya, pada tahun 1997, legenda muzik India yang diiktiraf maestro, Ilaiyaraaja mengubal muzik untuk 12 buah filem, AR Rahman (empat filem) namun Deva mengubal muzik untuk 29 filem.
"Saya sangat teruja untuk membuat persembahan di hadapan peminat Malaysia selepas sekian lama.
"Saya sifatkan konsert ini sebagai hadiah kepada peminat setia saya dan saya berharap konsert ini akan diingati sampai bila-bila," ujarnya.
Tiket konsert berkenaan boleh dibeli secara dalam talian.
Umavathi Ramayah
Thu Apr 27 2023
Deva memberitahu beliau teruja untuk membuat persembahan di hadapan peminat Malaysia selepas sekian lama. -Foto PoketPlay
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komposer muzik Deva temui peminat Malaysia selepas 30 tahun, penganjur turut jemput Rajinikanth
Selepas 30 tahun komposer muzik popular dari India Deva kembali ke Malaysia menerusi Konsert Thenisai Thendral Deva Live in Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun ini.