Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.
Beliau yang lebih popular dengan panggilan Amy ketika dihubungi Astro AWANI berkata, komen daripada vokalis Wings tersebut benar-benar melukakan hatinya.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak," katanya dalam nada kecewa.
Bagaimanapun, Amy tidak menyalahkan Awie 100 peratus kerana percaya pelakon utama Sembilu itu hanya mendengar daripada sebelah pihak.
"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelasnya.
Sebelum ini, portal Projek MMO melaporkan Awie atau nama asalnya Ahmad Azhar Othman menasihati Amy agar memberi lebih perhatian kepada Yazit yang juga merupakan pemain dram kumpulan Search.
Katanya, menurut portal itu, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.
"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.
"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie dipetik sebagai berkata oleh Projek MMO.
Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing.
Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.
Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.
Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
Norsiah Mohd Ramli
Wed May 25 2016

Amy terguris dengan kenyataan daripada Awie seperti yang disiarkan dalam sebuah portal. - Gambar fail/Instagram Amy Search

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.

'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy mempersoalkan tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.

Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu.

Konsert Endemik Search eksperimen baharu, lambang kebangkitan band rock legenda
Menurut Amy, Endemik I merupakan sebuah lagu fast song berkisarkan bagaimana dunia melawan COVID-19 dan Endemik II pula lebih kepada rentak ballad tentang kehilangan yang dirasai sepanjang PKP.

Sambutan luar jangkaan! Search umum tambah tarikh 'Konsert Endemik'
Konsert tersebut kini akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 di sebuah lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di Zepp Kuala Lumpur.

'Rezeki dia, dia makan' - Search pilih move on, bakal tawan peminat dalam konsert Endemik
Apa yang lebih penting buat Search sekarang adalah karya yang mahu mereka persembahkan kepada peminat.

#Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad
Sedar tak sedar, sudah 30 tahun usia lagu Isabella

'Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata'
Komuniti mak nyah tidak meminta perkara berlebihan kepada kerajaan sebaliknya hanya mahukan kehidupan tanpa tanggapan sinis oleh masyarakat termasuk perkara sekecil isu tandas.

'Komen Awie lukakan hati saya' - Amy Search
Komen Awie dalam sebuah portal mengenai tindakan Amy 'mengabaikan' kebajikan Yazit membuatkan vokalis Search itu terguris.
Gitaris Jepun dan pertunjukan udara antara keistimewaan Konsert Search 35 Tahun
Konsert Search 35 Tahun yang bakal berlangsung pada tarikh baru iaitu 30 Ogos depan menjanjikan persembahan hebat khas buat para peminat mereka.