PEMANDU kepada artis sensasi Indonesia, Allahyarham Vanessa Angel, Tubagus Joddy tampil memohon maaf kepada keluarga arwah kerana menjadi punca kecelakaan jalan raya hingga meragut nyawa majikannya.
Joddy mengakui telah memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabkan terjadinya nahas jalan raya pada November tahun lalu.
"Saya meminta maaf kepada kepada keluarga almarhum Bu Vanessa dan Pak Bibi. Saya mengaku bersalah.
"Saya lalai, sehingga terjadilah kecelakaan di tol Jombang – Mojokerto. Saya juga meminta maaf kepada Gala Sky. Akibat kelalaian saya, dia kehilangan orang tua," kata Joddy dengan suara terketar-ketar.
Joddy memaklumkan telah membuat permohonan maaf kepada keluarga Vanessa dan Bibi namun tidak disampaikan secara langsung.
"Karena saya masih berada di tahanan. Sehingga tidak bisa menyampaikan permintaan maaf secara langsung," tambahnya.
Sidang media khas pada malam Rabu itu dipimpin oleh Ketua Hakim Bambang Setyawan secara atas talian.
Menceritakan semula, kata Joddy dia mengakui tertidur ketika terjadinya kecelakaan.
"Kesedaran terakhir saya saat sebelum terjadi kecelakaan Yang Mulia, ketika masih di jalan lurus. Lalu ketika mungkin mata saya tertidur langsung, ketika buka mata, mobil sudah menghadap ke belakang dan posisi sudah berhenti.
"Jadi saya tidak merasakan adanya tabrakan. Saya tidak merasakan ada benturan, cuma saya sempat mendengar suara kesakitan.
"Sebelum kejadian lumayan saya merasa mengantuk Yang Mulia, tapi saya berusaha tetap fit agar tidak ngerepoti bos saya Yang Mulia. Saat mengantuk saya turunkan antara 100 sampai 120 kilometer per jam Yang Mulia.
"Saya berasa seperti mimpi, kok tiba-tiba mobil berhenti dan tiba-tiba ada bau gosong di sini. Lalu lihat sebelah kiri, kenapa kok sampai hancur ini mobil terus mikir di mana Gala dan Vanessa yang saat itu tidak ada di dalam mobil," katanya.
Mengimbas semula, Vanessa dan suaminya, Febri Andriansyah meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Tol Jombang, Kacamatan Bandar Kedungmulyo pada 4 November 2021.
Ketika kejadian, kenderaan yang dipandu oleh Joddy melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri hingga melayang.
Joddy dan anak pasangan itu, Gala Sky serta pembantu rumah tangga mereka, Siska Lorensa hanya mengalami luka dan selamat. Joddy didakwa menjadi punca kepada nahas itu.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK
Gempak
Thu Mar 03 2022

Joddy mengakui telah memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabkan terjadinya nahas jalan raya pada November tahun lalu. - FOto Astro GEMPAK
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

"Kesal tak cakap saya mengantuk" - Pemandu mohon maaf didakwa jadi punca majikan maut
Pemandu kepada artis sensasi Indonesia, Allahyarham Vanessa Angel, Tubagus Joddy tampil memohon maaf kepada keluarga arwah kerana menjadi punca kecelakaan jalan raya hingga meragut nyawa majikannya.

Artis Indonesia Vanessa Angel, suami maut nahas jalan raya
Tiga lagi penumpang lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan, termasuk anaknya Gala Sky Ardiansyah.

Artis kontroversi Vanessa Angel nikah senyap-senyap tanpa pengetahuan bapa?
Nama pelakon Indonesia, Vanessa Angel sekali lagi heboh diperkatakan apabila wanita itu dilaporkan berkahwin secara senyap dengan pasangannya yang hanya dikenali sebagai F.

Artis Indonesia Vanessa Angel dipenjara lima bulan, tawar seks RM24,000
Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara online membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (RM24,000)

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar
Vanessa akui foto wanita bogel sedang mandi adalah dirinya dan kini merancang untuk membuat aduan polis.

Terjebak persundalan, 45 lagi artis Indonesia diburu
MASIH terdapat 45 artis yang disyaki melakukan aktiviti pelacuran atas talian di Jakarta dan masih belum dapat diberkas.

Dua artis Indonesia ditahan, disyaki jadi pelacur online
Kedua-dua artis itu yang dikenali sebagai Vanessa Angel dan "AF" ditahan selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti tidak bermoral itu.