KUALA LUMPUR: Selepas Ruhainies, pelakon Aliff Aziz juga tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya pada Jumaat lalu.
Aliff mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Khamis.
Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.
“Ketika isu itu masih hangat diperkatakan, saya seboleh-bolehnya mengelakkan untuk mengeluarkan kenyataan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan terburu-buru.
“Pada awal hari kejadian, kami baru selesai menjalani penggambaran. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami bertolak secara konvoi bersama PA Ruhainies.
“Ruhainis ada maklumkan, malam itu, adik beradiknya ada merancang untuk makan-makan di rumah.
“Jadi, memandangkan ada adik beradiknya yang lain, saya rasa, tak ada masalah kalau saya turut serta.
“Saya memang kenal dan berkawan dengan kakaknya Risteena dan sudah lama tidak berjumpa jadi saya rasa ianya suatu peluang untuk berjumpa dia dan adik beradiknya yang lain untuk makan malam,” jelasnya.
Menceritakan kronologi yang berlaku, Aliff yang memaklumkan dia tidak terfikir bahawa tindakannya yang naik ke atas rumah Ruhainies itu akan membawa kepada perkara tidak diingini.
“Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang mash dalam perjalanan,” jelasnya.
“Cara yang betul adalah, kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.
“Waktu itu, kami sedang menunggu Risteena untuk sampai dan sempat berborak. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk.
“Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu.
“Kerana risau dan atas faktor keselamatan, dia kemudiannya menghubungi kakaknya dan bertanya sama ada dia dah sampai. Risteena beritahu, jangan buka pintu dulu dan tunggu sehingga dia sampai.
“Saya hanya berada di dalam rumah, di ruang tamu dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan.
“Bila kakaknya sampai, dah ada penguat kuasa JAWI dan polis. Bahkan, ketika adik beradiknya sampai, dah ada ramai orang di luar.
“Kemudian, Ruhainies meminta kakaknya berbincang dengan pihak penguat kuasa, pintu akan dibuka sekiranya hanya ada penguat kuasa JAWI dan polis sahaja.
“Mereka sangat profesional dalam melakukan prosedur mereka. Seterusnya, kami hadir ke JAWI dan berikan kenyataan mengikut prosedur yang ditetapkan. Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah,” katanya.
Aliff kemudiannya menyerahkan pada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Aliff seikhlas hati memohon maaf atas apa yang berlaku.
“Kenyataan ini adalah saya tulis untuk sesiapa yang ingin mendengar. Bagaimanapun, yang salah tetap salah.
“Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi, saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa tidak ada apa-apa benda yang berlaku antara kami.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.
“Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. - Gempak
Gempak
Thu Mar 14 2024
Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak. - Gambar Gempak
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kes khalwat, Aliff Aziz mohon maaf - "Sepatutnya tunggu di lobi, tak terfikir…"
Selepas Ruhainies, pelakon Aliff Aziz juga tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya pada Jumaat lalu.
Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Niat untuk menjaga nama baik sekolah tidak akan membantu menyelesaikan isu buli.
Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.
Thailand: Lese majeste bukan menyekat kebebasan bersuara
Undang-undang itu, dalam pelbagai bentuk, wujud di banyak negara termasuk Thailand bagi melindungi hak atau reputasi Raja, Permaisuri dan pewaris takhta atau pemangku raja.
PRN Sabah: Hajiji saman pihak tular video palsu hal tanah
Datuk Seri Hajiji Mohd Noor akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mentularkan video mendakwa beliau telah merampas tanah orang kampung untuk diserahkan kepada syarikat miliknya.
Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu
Dr Muhammad Fathi Yusof berkata golongan berkenaan yang tidak mempunyai ikatan secara langsung dengan parti politik boleh dilantik sebagai senator sebelum diangkat menjadi menteri.
UPM kukuh kedudukan dalam QS World Asia Rankings 2020
UPM merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia dan sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya membuat lonjakan secara berterusan bagi tempoh enam tahun secara berturut-turut.
CAEXPO 2019: Reputasi produk tempatan dapat tempat di hati masyarakat China
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Wan Latiff Wan Musa, tidak kira di wilayah mana pun di China, produk Malaysia yang dipasarkan pasti akan mendapat pujian.
IPCMC mampu tingkatkan reputasi pasukan polis
Justeru, tidak ada sebab untuk orang awam, termasuk polis melihat IPCMC secara negatif kerana suruhanjaya yang akan ditubuhkan pada tahun ini akan membawa impak positif kepada pasukan itu.
'Gaya masih ada' - Titah ucapan Tengku Permaisuri Selangor ubat rindu rakyat
Kembali mengubat rindu, Tengku Permaisuri Norashikin sekali lagi meraih tumpuan ramai apabila menyampaikan titah ucapan sempena ulangtahun stesen televisyen berkenaan baru-baru ini.