ANAK sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Zahid mendedahkan dia yang bertanggungjawab mempertemukan adik bongsunya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.
Menurut Nurul atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Ahmad Zahid, dia mengenali Siti Bainun dan mahu menjodohkan wanita tersebut dengan adiknya memandangkan adiknya seorang lelaki pemalu.
“Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya.
“Mengenali orang kena tuduh (OKT) pada suatu ketika dulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.
“Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, rapat dengan keluarga, dan pemalu untuk bergaul dengan perempuan.
“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui,” tulisnya.
Namun hubungan tersebut tidak menjadi setelah beberapa isu yang timbul dan jalinan antara mereka berdua dianggap sebagai toksik.
Nurul berkata lagi, soal melangkah ke alam perkahwinan juga tidak pernah timbul memandangkan adik-beradik yang lain menentang perhubungan tersebut.
Malah, dia merasa dikhianati setelah mengetahui apa yang berlaku.
“Hubungan mereka sering tegang dan menjadi semakin renggang.
“Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang toksik seandainya sudah tidak ada persefahaman dan tiada keserasian.
“Tidak timbul cerita hampir kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang hubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku.
“Cukuplah saya nyatakan, saya rasa dikhianati. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” jelasnya lagi.
BACA: Kes Bella: Nurul Hidayah akui pernah rapat, namun nafi keluarga lindungi Siti Bainun
Terdahulu, Nurul menafikan dakwaan keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang sedang berhadapan pertuduhan mendera remaja sindrom Down, Bella.
Gempak
Wed Apr 20 2022

Nurul Zahid (tengah) mendedahkan dia yang bertanggungjawab mempertemukan adik bongsunya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun (kiri). -Instagram Nurul Zahid

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Kes Bella: 'Hubungan toksik, tiada keserasian' - Nurul Zahid minta adik putus hubungan dengan Siti Bainun
Rasa Dikhianati Selepas Kenenkan Adik Dengan Siti Bainun, Nurul Zahid Minta Adik Putus - -Hubungan Mereka Toksik, Tiada Keserasian-

Terlalu indah, ketenangan yang tidak pernah dirasakan - Nurul Zahid
Walaupun wukuf hanya beberapa jam dipinjamkan waktunya, Alhamdulillah ia cukup untuk saya kenang sehingga habis hayat saya, tulis Nurul.

Nurul Zahid, suami akan dituduh di mahkamah
JSJ Bukit Aman mendapat arahan dari pihak Jabatan Peguam Negara untuk menuduh kedua-duanya