Sebuah keretapi dinamakan "Skyfall" sempena pelancaran DVD filem itu.

Gadis Bond, Naomie Harris, penulis dan penerbit filem hadir pada majlis perasmian yang berlangsung di London.

Keretapi yang bernombor 91007 itu beroperasi dari London ke Ediburgh.

sempena pelancaran dvd "skyfall" keretapi 11 gerabak itu dihias cantik dengan kerja seni dari filem itu dan membawa media ke scotland.

Penulis lakon layarnya berbangga apabila nama yang dilhamkannya kekal untuk keretapi tersebut.

Harris pula tidak menyangka filem James Bond mampu meraih Anugerah Bafta dalam kategori Filem Britain Terbaik.

Selain Harris, "Skyfall" turut dibintangi Daniel Craig, Javier Bardem dan Judi Dench.

DVD versi blu-ray berada di pasaran mulai 18 Februari.