Keputusan sama ada filem animasi tempatan, 'Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal' terbitan Les' Copaque Production terpilih dalam senarai lima calon akhir bagi Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscar's, akan diketahui esok (13 Jan).
Pengarah Urusan Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi berkata syarikat itu telah menghantar sendiri pencalonan ke anugerah filem paling berprestij di dunia itu ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi kategori filem animasi terbaik, kerana hanya mempunyai waktu singkat iaitu enam hari sebelum tarikh tutup.
"Penganjur meminta sebanyak 300 keping cakera video digital (DVD) untuk diedarkan kepada juri. Sekiranya kami menghantar melalui pos, DVD mungkin akan sampai lambat yang sekaligus berisiko penyertaan ditolak.
"Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menerbangkan kakitangan syarikat ke Los Angeles bagi memastikan DVD itu sampai kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Filem animasi berkenaan mencatatkan sejarah apabila menjadi filem pertama negara bagi kategori berkenaan yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 32 calon akhir daripada ratusan penyertaan yang diterima dari seluruh dunia.
Filem yang menelan belanja RM20 juta itu menampilkan kembar kegemaran Malaysia itu bersama karakter kisah Melayu tradisional, seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan Si Tanggang dan mencatat kutipan RM26 juta ketika ditayangkan tahun lepas.
Sementara itu, Burhanuddin berkata filem itu dihasilkan untuk pasaran global, dengan dimasukkan orkestra, nilai dan budaya tempatan yang dilihat tidak ada dalam animasi lain.
"Sebab itu filem ini boleh diterima di luar negara dan akan ditayangkan di beberapa negara lain. Filem animasi itu juga telah ditayangkan di Indonesia, Filipina dan Vietnam, dan sedang menunggu tarikh di China.
"Semuanya sudah rasmi dan bakal ditayangkan di 10,000 buah pawangan di negara berkenaan. Kita memperuntukkan RM6 juta untuk promosi di China dengan anggaran pulangan sebanyak RM2 billion. Selain China, filem ini juga akan ditayangkan di Turki sedikit masa lagi. Setakat ini, 200 pawagam sudah memberi persetujuan untuk menayangkan Upin dan Ipin," katanya.
Beliau berkata animasi Malaysia sangat terkenal di ASEAN serta mempunyai potensi ke pasaran global, dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melakukan tugas dengan baik apabila mula memberi fokus kepada animasi dan membantu banyak syarikat berkembang.
Mengenai perancangan seterusnya syarikat itu, Burhanuddin berkata pihaknya merancang untuk membina taman tema seperti Disneyland tetapi konsepnya sudah pasti Upin dan Ipin dan persekitaran seperti dalam filem.
"Ia mempunyai dua jenis iaitu indoor di Kuala Lumpur melibatkan pelaburan sebanyak RM60 juta dan lokasinya sudah dikenal pasti. Seterusnya kita merancang untuk membina taman tema konsep outdoor.
"Yang ini melibatkan pelaburan berbilion ringgit. Mungkin pihak kerajaan ataupun agensi seperti MDEC boleh membantu kami mencari lokasi sesuai kerana sehingga kini belum dapat lokasi untuk taman tema outdoor ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
Dari dunia penyiaran tempatan, dua kanak-kanak ikonik, Upin & Ipin, kini menanti pengiktirafan di peringkat antarabangsa. - Facebook/upinipinofficial
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Michelle Yeoh bawa pulang trofi Oscar ke Ipoh
Pelakon berusia 61 tahun itu turut membawa trofi berkenaan menziarahi kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.
Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.
Berita tular PM beri cuti umum Rabu ini adalah palsu - JPM
JPM menafikan satu tangkap layar berita tular di media sosial memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar.
Rakyat Malaysia gembira Michelle Yeoh lakar sejarah Oscar
Mesej ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh membanjiri media sosial hari ini selepas pelakon kelahiran Malaysia itu memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Michelle Yeoh tercalon Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar
Yeoh, 60, menerima pencalonan Oscar pertamanya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Everything Everywhere All At Once.
Willow Smith tidak terkesan dengan insiden bapanya tampar Chris Rock
Willow berkata dia berasa sedemikian kerana dia melihat keluarganya sebagai manusia biasa.
Anugerah Oscar: Barisan pelakon ternama diumumkan sebagai penyampai
Antara nama popular yang didedahkan adalah pelakon Brad Pitt, Halle Berry, Harrison Ford dan Reese Witherspoon.
'Perempuan Tanah Jahanam' ke Oscar: Semua genre filem sama berharga - Joko Anwar
Joko Anwar berkata tidak wujudnya kelas ataupun kasta dalam dunia perfileman kerana semua genre filem itu sama nilainya.
'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' tidak ke senarai akhir Oscar, Les' Copaque tetap bangga!
Pihak terbitan Les' Copaque Production tetap berbangga berjaya disenaraikan dalam pencalonan awal.
Oscar: Gary Oldman rangkul anugerah pelakon terbaik
Beliau memenangi anugerah pertamanya daripada lakonannya sebagai Winston Churchill dalam filem Darkest Hour.