Menurut Fendy, sepatutnya hak cipta sesuatu karya itu perlu dihargai supaya penat lelah yang dicurahkan berbaloi.
"Ada yang bercakap 'abam' naik sebab penonton yang menonton.. Ya 'abam' ucapkan terima kasih.. Tetapi maaf la ye, 'abam' lebih percaya dengan rezeki Allah.
"Apa yang abam nak cakapkan kat sini adalah berkenaan dengan hak cipta.
"Ya memang korang tengok guna data..bayar bil..kita tahu semua tu..tapi kenapa tak melaburkan di tempat yang betul??? Sedangkan kita ada on demand, Astro Go dan jugak website Astro Gempak..
"Bila kita ketengahkan soal hak cipta ramai yang argue.. takdak duit la,duit tak banyak la..
"Soal duit banyak tak banyak tu semua atas hasil usaha anda sendiri.. Allah dah limpahkan rezeki sekeliling korang.. Ambik je seberapa banyak yang korang nak tapi akhirat jangan lupa.
“Soal haram ke tidak.. ok,ini analogi 'abam' eh..Korang jumpa perompak yang baru rompak rumah korang.. pastu dia puji “best weh umah ko!" luah Fendy.
Fendy berkongsi luahan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.
Hero drama Mr.Grey ini juga bertindak mencabar segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati untuk mengikutinya ke lokasi penggambaran bagi melihat sendiri bagaimana proses sebuah drama dijalankan.
"Kalau ada rasa tak puas hati.. jom ikut 'abam' 2 hari cukup la. Kita buat lawatan sambil belajar dekat set shooting..
"Korang tak payah buat keja just tengok je.. abam yang akan buat keja.. Takdak hal la bro.. Makan abam belanja, minyak tol korang sendiri la. Macam mana ok tak?" tulisnya lagi.