Pemilik nama sebenar Nurfadilla Nadia Abu Bakar, 34, ini berkata dia sengaja memilih untuk membaling telefon bimbit sebenar pada persembahan pertamanya itu bagi menjayakan gimik yang cuba dilakukan.
“Ramai yang tanya betulkah saya baling handphone? Nahh...its real hanphone guys!
“Saya baling masa awal persembahan lagu itu.
“Ia handphone lama saya dan ini keadaannya (menunjukkan keadaan handphone). Dah berkecai dan tak dapat digunakan lagi,” katanya.
Dia berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dia turut memuat naik video dengan menunjukkan keadaan paparan skrin telefonnya sudah retak.
Pelantun lagu Aku Masih Setia itu telah mengadakan dua persembahan di konsert semi final GV5 yang mana sebuah lagi lagu adalah I Don’t Want Miss A Thing dendangan asal Aerosmith.
Dengan dua persembahan itu telah melayakan Dia untuk mara ke Final GV5 bersama lima bintang lain seperti Noryn Aziz, Zamani, Maya Ruslee, Amelina dan Billy Zulkarnain.
Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my