KUALA LUMPUR : Drama bersiri 'Jangan Ganggu Jodohku' bakal menemui peminat menerusi slot MegaDrama di Astro Ria malam ini.
Ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam, drama bersiri 24 episod ini akan menampilkan barisan pelakon berbakat tanah air.
Antaranya Shaza Bae selaku watak utama iaitu sebagai Aliza, Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.
Secara ringkasnya, drama bergenre komedi ini mengisahkan seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh.
Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Bagaimanapun, Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil, bernama Abu.
Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis manis ini.
"Drama ini mengisahkan Saka yang ditolak oleh pewarisnya.
"Ini seterusnya menjadi penyebab kepada pelbagai kejadian paranormal sehingga mengganggu kehidupan Aliza," menurut kenyataan produksi.
Drama mencuit hati yang diarahkan Jamal Khan ini boleh disaksikan di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Nickyson Nyambar
Mon Nov 29 2021

Jin jatuh cinta dengan Aliza? Apa yang akan berlaku? Saksikan drama bersiri 'Jangan Ganggu Jodohku' setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Naim Daniel botakkan kepala demi Projek: Exit
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel sanggup mengorbankan rambutnya demi merealisasikan watak lakonannya di dalam sebuah drama bersiri yang berjudul Projek: Exit.

Finas tawar dana kepada syarikat produksi tempatan bagi tingkatkan kandungan kreatif
Tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.

Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula
Mesti ramai tak sabar nak tonton siri Kampung Pisang, kan?

Muka dan tubuh lebam, Izara kongsi cerita kemalangan di lokasi penggambaran
Muka dan tubuh Izara lebam memang betul-betul berlaku, bukan solekan atau kesan khas.

Drama 'Curi-Curi Cinta' pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan
Disiarkan sejak 29 April yang lalu, drama ini berjaya memperoleh 7.5 jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun ini.

Hasilkan drama bersiri 60 episod satu cabaran - Rosyam Nor
Rosyam Nor akui drama sedemikian satu cabaran bukan sahaja di pihak pengarah dan penulis skrip, tetapi juga beliau sebagai penerbit.

Suri Hati Mr. Pilot sudah habis, Fattah Amin tak boleh 'move on'
Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot sudah pun berakhir pada malam tadi (Khamis), namun pelakon utamanya Fattah Amin masih belum move on.

Demam Suri Hati Mr. Pilot: 10 fakta menarik
Suri Hati Mr. Pilot menjadi kata kunci atau hashtag paling popular sejak drama itu mula bersiaran 10 Oktober lalu.