KUALA LUMPUR: Roslan Aziz hari ini bukan lagi Roslan Aziz yang kita semua kenal semasa era kemasyhuran muzik Melayu sekitar awal 1990-an.
Pada usia 60 tahun, individu yang pernah mencetus revolusi muzik tanah air itu diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.
Dalam tempoh yang sangat singkat, barah itu telah melepasi tahap empat – sesuatu yang tidak pernah terlintas akan berlaku padanya,
Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).
Cadangan-cadangan rawatan susulan yang dicadangkan oleh doktor itu sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain di kotak fikirannya.
Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.
“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.
“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” kata Roslan berkongsi cerita keadaannya kepada Astro AWANI dalam pertemuan di kediamannya di
Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini.
Kunjungan krew Astro AWANI adalah untuk menziarahinya selepas menerima khabar beliau sedang melalui fasa yang sukar akibat kanser.
Memahami hasrat kami, Roslan membuka pintu rumahnya kepada saya bersama-sama rakan sekerja, Hafidah Samat, Madiha Abdullah serta jurukamera Airul untuk memberi peluang kepada kami mendasari ujian yang sedang dilaluinya.
Sebelum ini juga, ramai kenalan Roslan dalam kalangan penggiat industri turut melawat dan memberi sokongan kepadanya.
Antaranya ialah pelakon, penerbit dan pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Ida Nerina, pengurus acara, Dharanee serta rakan-rakan pemuzik yang pernah bekerjasama dengan Roslan.
Kehadiran rakan-rakan dan kenalan kata Roslan, amat-amat dihargai kerana mengingatkan dirinya bahawa beliau masih dihargai dan disayangi.
"Hilang rasa sakit bila kawan-kawan datang ke rumah untuk ziarah saya dan berborak. Saya amat hargai kehadiran mereka," Roslan merakam penghargaan buat mereka yang hadir memberi sokongan moral kepadanya.
Tidak seperti orang yang sedang sakit apa lagi pengidap kanser tahap empat, Roslan sangat ceria, ramah bercerita dan sesekali bercanda.
Secara zahirnya, penggerak label Roslan Aziz Production (RAP) yang pernah menaungi barisan artis Gred A seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin serta lain-lain pada awal 1990-an itu, tidak nampak sedang ‘berperang’ dengan kanser.
Realitinya, beliau terpaksa menahan sakit dan harus melalui proses rawatan yang benar-benar mencabar termasuk secekak ubat yan perlu dimakan setiap hari selain rawatan kemoterapi yang bukan mudah untuk dilalui.
Beliau juga sudah sering keluar masuk hospital bagi mendapatkan siri rawatan.
Namun, di sebalik kesukaran-kesukaran itu, Roslan mengagumi kebesaran Allah menghadirkan hikmah yang besar.
“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya
“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting.
"Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama… inilah hikmah yang saya tidak sedar ada di depan mata,” rancak Roslan bercerita.
Bahkan, Roslan sepanjang perbualan itu juga bercerita penuh gembira mengenai empat cahaya matanya, Wan Nur Khaleda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
“Mereka adalah pelengkap kehidupan dan kebahagiaan saya,” katanya.
Tanpa berselindung, Roslan juga terbuka membicarakan soal kematian yang diakui beliau semakin dekat dengan setiap seorang daripada kita.
Apa lagi berita kematian seorang demi seorang penggiat seni yang sampai ke telinga menyebabkan Roslan sudah bersedia untuk dijemput pulang oleh Yang Maha Esa.
“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.
“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan.
“Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” kata Roslan sambil merenung wajah isterinya, Sopphilea Hamid yang setia menemaninya sepanjang wawancara itu berlangsung.
Dalam wawancara itu, Roslan tidak lekang-lekang menyatakan rasa terima kasih secara terbuka kepada wanita itu kerana setia mendampinginya di masa dia diuji dengan kesakitan.
Kata Roslan, Sopphilea sudah terlalu banyak berkorban buatnya terutama pada saat-saat sukar seperti ini.
“Saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekiranya Sopphilea tidak ada. Kami bukan sekadar suami isteri, bahkan, kami juga sahabat karib.
"Dia satu-satunya kawan paling rapat dalam hidup saya. Kami tidak pernah berjauhan sejak kami berkahwin 23 lalu. Terima kasih saya pada Sopphilea,” ungkap Roslan.
Sopphile yang tenang mendengar di sisi suaminya itu dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa sebak sambil menyeka air mata.
Saharudin Musthafa
Tue Apr 19 2022
Wajah terbaharu Roslan Aziz yang dirakamkan Astro AWANI baru-baru ini.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Azerbaijan
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi nahas udara membabitkan penerbangan pesawat Embraer 190 J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Rabu.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Peminat boleh melihat memorabilia daripada perlawanan akhir Piala Dunia lelaki pertama di Uruguay pada 1930 hingga yang terbaru di Qatar pada 2022.
Banjir Terengganu: JBPM atur gerak 2 helikopter dalam misi bantuan
Empat buah helikopter lagi diletakkan dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi bencana banjir di lokasi lain di pantai barat dan selatan Semenanjung, termasuk satu pesawat di Borneo.
"Kata doktor jangka hayat saya hanya enam bulan" - Roslan Aziz redha diuji kanser
"Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi."
Penikahan Megat dan Nik Nuralia, Sheila Majid sambut menantu sulung!
Sheila memuat naik beberapa keping gambar dan video majlis pernikahan anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz dengan Nik Nuralia.
Tahniah Hijau, sudah tiga dekad usiamu!
Diam tak diam lagu Hijau nyanyian Datuk Zainal Abidin sudah berusia 30 tahun dan masih relevan sehingga ke hari ini.
Anak bertunang, Sheila Majid kongsi berita gembira bakal sambut menantu
Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid berkongsi berita gembira berhubung majlis pertunangan anak keduanya, Megat Abdul Majid Aziz.
Tabung bantu Yazit Search tarik perhatian ribuan penonton konsert XPDC
Tabung Prihatin Yazit Search yang dilancarkan pada Konsert Gegar Utara XPDC di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ahad menarik perhatian lebih 4,000 penonton yang hadir.
Roslan Shah tegur sikap netizen kutuk 'atok' berjoget
Pelakon dan penyanyi, Roslan Shah memberi nasihat pada netizen yang mengutuk tindakan seorang lelaki bergelar datok yang berjoget bersama seorang penyanyi.
Kritikan pedas juri punca tersingkir - Sani
Sani tidak menolak kemungkinan kritikan pedas Roslan Aziz mempengaruhi jumlah undian penonton terhadap persembahannya di konsert pertama AF.