KANYE West kini bukan lagi seorang bilionair.
Forbes melaporkan penyanyi rap itu kehilangan statusnya sebagai bilionair selepas perjanjian bersama Adidas ditamatkan susulan kontroversi kenyataan anti-semitik yang dikeluarkannya.
Syarikat itu pada awal bulan ini memaklumkan bahawa kerjasamanya dengan artis yang turut dikenali sebagai Ye itu "sedang diteliti" sebelum mengumumkan menamatkan kontrak Ye dua hari lepas.
Menurut majalah kewangan itu, kerjasama bertahun-tahun Ye dengan Adidas bernilai AS$1.5 bilion dan tanpanya, nilai Ye hanya sekitar AS$400 juta.
Apa yang kekal dalam empayar kewangan Kanye selepas kehilangan kontrak Adidas adalah "hartanah, wang tunai, katalog muzik, dan pegangan 5 peratus dalam firma pakaian bekas isterinya, Kim Kardashian, Skims," lapor Forbes.
Jenama lain yang telah menghentikan kerjasama dengan Ye termasuklah Balenciaga, syarikat produksi MRC dan Agensi Creative Artists. Gap juga telah membawa keluar produk Ye, Yeezy daripada rak dan pengeluaran, dan menutup kedai dalam talian Yeezy Gap.
Sementara itu, Kim dan kakaknya, Khloé bersuara secara terbuka menyokong komuniti Yahudi namun tidak menamakan Kanye atau membalas komen Ye secara terus.
Agensi
Fri Oct 28 2022

Kanye West hilang status bilionair selepas perjanjian bersama Adidas ditamatkan susulan kontroversi kenyataan anti-semitik. - Foto REUTERS/Kevin Lamarque

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Adidas disaman pelabur berhubung perjanjian bersama Kanye West
Pelabur mendakwa Adidas gagal mengehadkan kerugian kewangan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan pendedahan mereka.

Nasib stok kasut Yeezy Kanye West masih belum diketahui
Jenama Adidas dilaporkan masih belum membuat keputusan terhadap nasib koleksi Yeezy hasil kolaborasi bersama penyanyi rap Kanye West atau Ye yang bernilai £1 bilion (RM4.5 billion).

Kanye West mahu bertanding Presiden AS
West yang turut menggunakan nama Ye, menyiarkan simbol dalam ciapan di Twitter dengan 'Ye' dan nombor 24.

Kanye West hilang status bilionair
Kanye West hilang status bilionair selepas perjanjian bersama Adidas ditamatkan susulan kontroversi kenyataan anti-semitik.

Adidas tamatkan usahasama dengan Kanye West
Susulan kenyataan anti semitik, syarikat jenama Adidas menamatkan kontrak bersama penyanyi rap, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye.

Makin gila dan celupar, Balenciaga akhiri kontrak bersama Kanye West
Pihak Gap Brand pula mendedahkan menamatkan kerjasama mereka kerana sudah tidak memiliki visi yang sama.

Kanye West disaman RM1.18 bilion
West cuba mengaitkan kematian Floyd dengan pengambilan fentanyl.

Kanye West beli rangkaian media sosial Parler
Selepas Instagram dan Twitter menghadkan akaunnya kerana dilabel sebagai anti-Semitik, penyanyi rap terkenal Kanye West bakal membeli platform rangkaian sosial Parler.

Muatnaik ciapan provokasi, akaun media sosial Kanye West disekat
Gara-gara memuatnaik hantaran serta ciapan yang berisiko mencetuskan provokasi berulang kali, akaun Twitter dan Instagram penyanyi rap terkenal akhirnya disekat.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II ubah sifat Kanye West
Kanye West mengaku mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya.