SIAPA sangka watak seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kannamma' kini menjadi viral di Malaysia susulan satu adegan dalam drama bersiri Tamil itu.

Dalam adegan itu, Kannamma yang sarat mengandung dihalau keluar dari rumah oleh suaminya Bharathi, seorang doktor, selepas mencurigai wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain kerana suaminya percaya dirinya tidak subur.

Selepas lima episod berturut-turut, drama bersiri "Bharathi Kannamma" itu memaparkan watak protagonis itu berjalan seorang diri, netizen bertindak kreatif membuat meme dengan menggabungkan gambar wanita itu membimbit sebuah beg dan seolah-olah berada di merata-rata termasuk di angkasa lepas.

Dalam hantaran di media sosial, mereka menggunakan hashtag seperti Kannamma memes, Kannamma walking dan Kannamma is here.





Malah 'demam' itu turut melanda Malaysia, apabila perkongsian itu kini berlegar-legar di media sosial, terutamanya dalam kalangan masyarakat India.

"Gaiss, Kannama Sampai TBS!', Look who is here!! Proud of you Kannamma Barathi Flexed biceps.

"Welcome to Malaysi
a dan  Kannamma, if you're reading this i just want you to know that you can come and stay at my place.

"Be safe and take care
."

Ia adalah antara meme yang dimuat naik netizen Malaysia dengan menggabungkan gambar wanita itu di  beberapa lokasi di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan sebagainya.

Bharathi Kannamma, adalah sebuah drama remake Malayalam, Karuthamuthu yang ditayangkan di Asianet.

Drama itu mengisahkan tentang Kannamma, seorang wanita yang menjalani liku-liku kehidupan dalam penuh kepayahan.

Drama yang ditayangkan menerusi Vijay TV di saluran 224 Astro itu dibintangi Roshni Haripriyan, Arun Prasad, Farina Azad, Sweety, Akilan and Roopa Sree.

Drama berepisod 1,450 itu disiarkan hampir lima tahun di India.