SUDAH lebih empat dekad beliau pulang bertemu Yang Maha Esa.
Sebilangan besar daripada kita tidak pernah mengenalinya secara peribadi, sebaliknya hanya karya-karya seni mendekatkan kita dengan empunya diri.
Luar biasa seniman ini ialah kerana kebijaksanannya berbicara dengan masyarakat menerusi lagu dan filem.
Idea dan falsafah seninya jauh melangkaui masa. Sekitar 50 hingga 60 tahun lalu, beliau menempa kemasyhuran ketika dunia tidak memiliki apa-apa teknologi moden.
Sekalipun dalam pelbagai keterbatasan, namun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memberi pemahaman yang jauh daripada apa yang khalayak fikirkan mengenai seni dan kehidupan.
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teku Nyak Puteh adalah wajah bangsa Malaysia yang diibarat satu dalam sejuta.
Hari ini sekiranya P. Ramlee masih ada, usia P. Ramlee genap 90 tahun. Allahyarham yang dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang berhijrah ke Singapura ketika usia muda kerana mahu bergelar seorang anak seni.
Di Singapura, P. Ramlee menyerahkan seluruh kehidupannya pada dunia seni dan studio Jalan Ampas merupakan gelanggang permainannya.
Daripada seorang yang tidak punya apa-apa, P. Ramlee bangkit membina kehidupan sebagai seorang seniman handalan.
Dengan segala khazanah seni yang ditinggalkan buat masyarakat, cuba bersikap jujur pada diri sendiri, setuju atau tidak bahawa ingatan kepada P. Ramlee hanya muncul sekali-sekala?
Dan apakah apresiasi kita terhadap legenda kebanggaan negara ini sekadar apresiasi di mulut semata-mata?
Kepada wartawan dan pemikir filem Melayu, Ku Seman Ku Hussain, sekiranya P. Ramlee masih ada, Allahyarham akan mengalami nasib sama dengan sekian banyak seniman dan pemikir Melayu hebat yang pernah dimiliki negara.
Ku Seman menjangkakan, P. Ramlee tidak akan mendapat pengiktirafan begitu tinggi sama ada oleh kerajaan atau masyarakat.
Apa yang dikesalkan Ku Seman ialah, pemikiran P. Ramlee tidak diselongkar habis dan Allahyarham hanyalah jenama budaya media.
"P. Ramlee tidak diselongkar pemikirannya terhadap sosial semasa (ketika karya dihasilkan) terutama karya-karya masterpiece seperti Semerah Padi dan Antara Dua Darjat.
"P. Ramlee sebenarnya hanya popular apabila jenamanya ditonjokan oleh media tetapi beliau tidak berjaya menarik generasi muda khususnya yang lahir selepas kepulangannya untuk menghayati karya-karyanya.
"Yang berlaku sekarang P Ramlee diminati secara melulu tetapi karyanya tidak dihayati atau diberi apresiasi," kata Ku Seman berkongsi pandangannya dengan Astro AWANI.
Menurut Ku Seman, untuk mengangkat P. Ramlee, apa yang perlu dilakukan ialah membebaskan seniman legenda itu dari lingkaran nostalgia, populariti dan riwayat hidup yang penuh melodrama.
Kata Ku Seman, seorang seniman yang menjadi tanda hidupnya adalah karya.
Maka karya-karya besar P. Ramlee belum cukup dalam digali daripada pendekatan sosiologi atau pun antropologi.
"Misalnya P. Ramlee sangat anti feudalism dari beberapa karyanya.
"Feudalism tidak boleh dilihat sebagai anti raja. Tetapi feudalism zaman P. Ramlee diwakili oleh kasta-kasta tinggi dalam masyarakat yang seolah-olah orang yang tidak bergelar semuanya hina.
"Tetapi ini tidak dikupas walaupun sudah 46 tahun kepulangannya," ujar Ku Seman lagi.
Kebimbangan turut disuarakan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Saiful Nujaimi Abdul Rahman dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Menurut Saiful, secara peribadi, ramai individu melihat sisi Seniman Agung P. Ramlee sebagai ikon seni milik sesebuah bangsa sahaja.
"Walhal sepatutnya kita menghayati karya beliau sebagai perwakilan kepada ketertinggian jati diri seni sebuah bangsa Malaysia itu sendiri," katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Saiful, sesuatu perlu dilakukan agar identiti bangsa semakin diperkukuhkan demi generasi seterusnya.
Ini kerana menurutnya, generasi kini yang berusia lingkungan dua puluhan dan belasan tahun masih menyedari sumbangan seniman itu tetapi tidak generasi yang berada di sekolah rendah dan ke bawah.
"Ini barangkali mereka telah didewasakan bersama era gabungan kesemua stesen penyiaran melalui Astro yang sering menyiarkan karya-karya P. Ramlee.
"Namun kini kecenderungan ibu bapa melanggan Netflix yang tidak cenderung menyiarkan karya seniman itu, nyata membimbangkan," ujarnya.
Justeru sebagai generasi yang waras, sesuatu perlu tangkas dilakukan demi beroleh laba dan manfaat bersama.
Seandainya sebegini caranya kita memberikan penghargaan kepada seorang tokoh yang dianggap sebagai mentor, ikon dan rujukan industri perfileman dan muzik, maka bersiap sedialah kita bahawa satu masa nanti P. Ramlee akan terus dilupakan dan terpinggir dari arus perkembangan tamadun bangsa.
Ketika itu, tidak perlulah kita meratapi kehilangan itu.
Kalaulah arwah masih ada...
Al-Fatihah buat Allahyarham P. Ramlee.
BACA: Ini enam filem P Ramlee yang masih segar dalam ingatan
Saharudin Musthafa
Fri Mar 22 2019
Pada tarikh hari ini, 90 tahun lalu, Seniman Agung, P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Kedai Kopi Jalan Ampas imbau nostalgia filem Melayu lama
Minat terhadap filem Melayu lama memberi cetusan idea buat keluarga seni ini untuk membuka sebuah kedai kopi dengan konsep klasik.
"Kalaulah arwah P. Ramlee masih ada..."
Sudah lebih empat dekad beliau pulang bertemu Yang Maha Esa.
Neng Yatimah semakin uzur sejak kematian Mustapha Maarof
Seniwati Neng Yatimah kini dikhabarkan semakin uzur sejak kematian menantunya seniman Mustapha Maarof akhir tahun lepas.