IBU kepada pelakon Shaheizy Sam, Khaty Fauziah melahirkan rasa syukur apabila menerima maklum balas positif daripada pihak polis berhubung surat terbuka yang dibuat oleh anaknya baru-baru ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Khaty mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan Sam kerana membantu serta prihatin terhadap keselamatan penduduk di kawasan perumahannya di Kampung Padang, Pokok Mangga, Melaka.

"Saya ibu kepada @shaheizy_sam turut bersyukur & berterima kasih diatas surat maklum balas dari pihak #ibupejabatpolismelakatengah diatas keprihatinannya.

"Alhamdulillah, semoga dengan adanya rondaan berskala & pengawasan yang kerap di Kg. Padang, Pokok Mangga & persekitarannya, bukan sahaja untuk keselamatan saya sekeluarga malah penduduk-penduduk disini dapat faedahnya bersama.

"Saya turut berharap agar penduduk-penduduk disini sama-sama berganding bahu dengan pihak @pdrmsia_official dimana juga kita berada untuk membanteras jenayah.

"Kepada Shaheizy Sam, terima kasih sebab prihatin & sayang pada mommy. Kalau dari dulu lagi dengar cakap mommy jadi polis kan bagus ikut jejak langkah arwah daddy bekas Timbalan Ketua Polis Selangor Abd. Samad Jaaman. Lihat gambar sebelah, Sam saling tak tumpah mirip wajah arwah daddy nya," tulisnya.

Saya ibu kepada @shaheizy_sam turut bersyukur & berterima kasih diatas surat maklumbalas dari pihak #ibupejabatpolismelakatengah diatas keperihatinan nya. Alhamdulillah semoga dengan ada nya rondaan bersekala & pengawasan yang kerap di Kg. Padang, Pokok Mangga & persekitaran nya, bukan sahaja untuk keselamatan saya sekeluarga malah penduduk2 disini dapat faedah nya bersama.. Saya turut berharap agar penduduk2 disini sama2 berganding bahu dengan pihak @pdrmsia_official dimana juga kita berada untuk membanteras jenayah


Sementara itu, Sam menerusi entri di ignya turut melahirkan rasa syukur diatas respon positif yang diberikan oleh pihak polis.


"Diharap @khatyfauziah sekeluarga dan penduduk setempat dapat meneruskan hidup dengan aman dan tenang selepas ini. Maaf, Inspektor Khai jauh bertugas di Kuala Lumpur ketika ini. Hehe. Terima kasih buat IPD Melaka Tengah @pdrmsia_official untuk tindakan segera anda. Sangat dihargai," tulisnya.

Difahamkan, lokasi tempat tinggal Khaty sering menjadi sasaran penjenayah dan kawasan semak di belakang rumahnya juga sering dijadikan sarang penagih dadah untuk melepas gian.