USAHAWAN sensasi Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah banglo bercirikan villa yang sudah lama menjadi idamannya.

Menerusi laman sosial Instagram, Liana atau lebih dikenali dengan nama Kak KM berkongsi momen mendapat kunci rumah banglo miliknya itu untuk tatapan umum.

Istimewanya lagi, ketika mahu mengambil kunci rumah, dia dikejutkan dengan kunjungan ibu, Normah Damanhuri dan ahli keluarga yang lain.

Surprise yang menjadi. Alhamdulillah syukur hari ni dapat kunci banglo. Terima kasih mak di atas doamu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tidak hanya itu, Kak KM turut melahirkan ucapan penghargaan buat suami dan adik beradiknya yang lain.

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu menunjukkan Kak KM ditemani suami menjenguk rumah banglo baharu mereka yang dilengkapi dengan kolam renang.

Tambahnya, dia akan melakukan beberapa pengubasuaian di bahagian luar rumah yang berharga RM5 juta itu mengikut citarasanya.


Sementara itu di ruangan komen, ramai warga maya memberikan ucapan tahniah di atas kejayaan Kak KM berjaya memiliki sebuah rumah besar idaman berkat doa ibunya.

Congratulations my love untuk rezeki yang berkat,” tulis Ahya Rosli.

Congratulations sayangku Liana Rosli,” komen seorang warga maya.

Congrats sayang, happy for you,” ujar seorang warga maya.

“Tahniah! Suka tengok kak KM cool je. Alhamdulillah rezeki bertambah selalu,” doa seorang warga maya.

“Alhamdulillah, tahniah Kak KM di atas usaha mu, doakan saya agar jadi macam Kak KM, amin,” kata seorang warga maya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 125,000 tontonan daripada pengikutnya. 

* Artikel asal di Gempak