KUALA LUMPUR: Juruhebah veteran tersohor, Noraini Ibnu kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh berikutan jangkitan kuman dalam paru-paru.
Personaliti radio RTM itu juga pada masa kini sedang ‘ditidurkan’ oleh doktor yang merawat bagi merawat jangkitan berkenaan.
Menurut anaknya, Herta Masrun, doktor sedang melakukan pemantauan yang rapi ke atas ibunya yang ditidurkan hampir 24 jam lalu.
Kata Herta, ibunya tenang ketika menerima berita doktor perlu berbuat demikian sebagai usaha terbaik untuk merawat penyakitnya itu.
“Alhamdulillah mama sangat positif ketika saya memaklumkan kepadanya mengenai tujuan doktor mahu ‘tidurkan’ beliau. Saya dan keluarga sentiasa memberi motivasi kepada mama untuk terus berjuang dan berlawan sekuat mungkin untuk kembali sihat seperti sediakala,” kata Herta yang juga anak bongsu Noraini kepada Astro AWANI ketika dihubungi, pagi ini.
Sebelum dimasukkan ke ICU, Noraini yang juga isteri kepada penyanyi veteran terkenal, Herman Tino itu mengalami demam panas pada Jumaat lalu.
Pada hari Sabtu pula, jelas Herta, ibunya mengalami sesak nafas sekitar pukul 7 pagi.
Melihat keadaan Noraini yang lemah, Herta yang menemani ibunya di kediaman keluarga di Tanjong Karang membuat keputusan untuk membawanya ke hospital.
“Setiba di Hospital Tanjong Karang, degupan jantung mama sangat laju, begitu juga dengan tekanan darah agak tinggi menyebabkan mama ditempatkan di zon kritikal.
“Doktor pantas melakukan rawatan yang sewajarnya bagi menenangkan mama. Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memberitahu kami ahli keluarganya mama perlu ‘ditidurkan’ dan akan dipindahkan ke ICU Sungai Buloh untuk pemantauan yang lebih rapi," jelas Herta, 38, lagi.
Sehubungan itu, Herta mewakili ayahnya, Herman Tino dan seluruh ahli keluarga memohon semua kenalan Noraini untuk sama-sama berdoa semoga ibunya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 pada 21 Februari lalu kembali sihat.
“Kami berterima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan mendoakan mama saya. Insya-Allah berkat doa dan harapan yang dikirim, mama akan kembali sihat seperti sediakala,” kata Herta lagi.
Saharudin Musthafa
Sun Mar 05 2023
Juruhebah veteran tersohor, Noraini Ibnu kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh berikutan jangkitan kuman dalam paru-paru. - Gambar Facebook
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Juruhebah veteran Noraini Ibnu 'ditidurkan' kerana jangkitan kuman dalam paru-paru
Personaliti radio tersohor kelahiran RTM itu kini sedang dirawat di ICU Hospital Sungai Buloh.