Ujibakat Kilauan Emas 4 bagi Zon Timur telah memberi cabaran kepada juri dalam memilih 10 peserta yang bakal mewakili Zon Timur ke peringkat seterusnya dalam pencarian juara Kilauan Emas kali keempat tahun ini.

Ini diakui oleh salah saorang juri uji bakat Siti Hajar yang merasakan kualiti nyanyian peserta adalah sangat tinggi.

"Susah sebenarya sangat tough untuk juri-juri menilai. Saya harapkan kualiti seperti ini akan terus kita dapati di tempat-tempat lain. Jadi semoga semua peserta selepas ini kita serahkan kepada yang maha Esa, ikut rezeki masing-masing. Kami juri-juri dah cuba melakukan yang terbaik, seadil mungkin dan kita harap Kilauan Emas 4 akan lebih berkualiti,” kata Siti.

Uji bakat Kilauan Emas 4 kali ini juga menampilkan banyak bakat-bakat baru yang berkualiti mutu nyanyian mereka.

"Zon Timur pada kali ini saya rasa memang memberangsangkan dan juga mencabar, mencabar situasi yang sebelumnya. Maksud saya yang tahun lepas. Tahun ini saya dapati banyak perbezaan dari segi para peserta yang datang dan sambutan yang sungguh menggalakkan. Juga bakat yang terserlah, bakat baru yang terserlah. Mungkin tahun lepas mereka tidak dapat mengikuti,” kata seorang lagi juri uji bakat Kilauan Emas 4, Ayai Ilusi.

Lokasi ujibakat seterusnya adalah di Berjaya Waterfront Mall, Johor Baharu pada 1 Mac 2014, Megamall Pinang, Seberang Prai pada 8 Mac dan SACC Mall Shah Alam pada 15 dan 16 Mac 2014.