Kata Syed, dia hanya menganggap Joy sebagai kakak dan sekadar berkawan untuk berkongsi pandangan dan nasihat semata-mata.
"Saya dan Joy sudah kenal satu sama lain sejak tahun 2017 dan dia selalu meminta nasihat apabila dia sedang bersedih dan fungsi saya untuk memberikan kata-kata semangat untuk dia bangun balik.
"Saya pun anggap dia sebagai kakak saya, tiada apa-apa hubungan seperti diperkatakan orang kami sedang bercinta. Malah beza usia kami pun 10 tahun.
"Kami kenal satu sama lain ketika dia sedang berdepan konflik dengan bekas suami keduanya yang saya turut anggap seperti abang saya sendiri," katanya kepada Gempak.
Syed yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan pelancaran portal Dr. Irma di Shah Alam semalam menegaskan gambar viral berbaju sedondon bersama Joy hanya kebetulan.
"Baju sama warna itu tidak bermakna kami nak 'declare' apa-apa pun. Ia satu kebetulan dan ketika dalam perjalanan untuk kami berbuka puasa bersama di ibu kota dia mahu bergambar bersama. Tidak lebih daripada itu," jelasnya.