Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, stesen televisyen berbayar Astro telah meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa khusus buat tontonan semua.

Membawa tema Kosong-kosong, sebanyak 14 buah program menarik yang memeriahkan musim perayaan menerusi sembilan buah saluran Melayu Astro yang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) , Astro Prima (105),Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Menariknya kesemua program komedi yang bakal dihidang ini nanti akan menghimpunkan pelawak yang memiliki nama besar di dalam industri hiburan tanah air kita.

Antara program-program menarik yang bakal mewarnai sepanjang bulan Syawal ialah Ini Raya Kita Punya, Elak-Elak Raya, Karoot Komedia Raya, Raja Pantun Raya dan banyak lagi!

Berikut adalah program-programkomedimenariksepanjangsambutanbulan Syawal:

Komedi

BETUL KE BOHONG?

20 Julai 2015, 10malam

Sebuahprogrampermainanyang sesuai ditonton seluruh lapisan masyarakat. Permainan ini mempunyai dua kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 3 peserta dan mempunyai ketua masing-masing.Saksikankekecohan yang berlakudiset. Memang tak kering gusi!

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)


INI RAYA KITA PUNYA

24 Julai, 31 Julai, 7 Ogos, 14 Ogos 2015, 10 malam

Menampilkan barisan hos berbeza untuk setiap episod. Zizan, Zero, Senario dan Shiro akan menggeletek anda dengan segmen-segmen lucu bersama tetapu undangan yang lain.

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)


ELAK ELAK RAYA

17 Julai 2015, 10malam

Program komedi yang diselitkan dengan unsur-unsur moral ini mempunyai segmen-segmen yang unik. Pelakon-pelakon akan melakonkan babak berdaasarkan situasi dan pada akhir rancangan, ustaz undangan akan memberi tazkirah berdasarkan tajuk yang dilakonkan.

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)

KAROOT KOMEDIA RAYA

23 JULAI 2015, 10malam

Sebuah Rancangan bertemakan musikal yang mempersembahkan kumpulan dikir barat dan penglipurlara mengisahkan kisah kisah pendek yang dilakon kan oleh pelawak pelawak terkenal dlm berkonsepkan raya.

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)

DALANG PRANK RAYA

23 JULAI 2015, 10.30malam

Rancangan ’game show’ menampilkan 2 orang artis mingguan yang akan menjadi dalang untuk melakukan prank ke atas mangsa. Prank yang terbaik akan dipilih olehpenontondistudio. Dalang yang kalah akan didenda oleh pemenang.

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)

RAJA PANTUN RAYA

21 JULAI 2015, 9pagi

Siapa kata pantun tidak menyeronokkan ! Dua pasukan yang diwakili oleh selebriti terkenal tanah air akan bersaing dalam 3 segmen. Segmen pertama memerlukan mereka mencipta pantun empat kerat berdasarkan tema yang diberikan. Markah akan diberi berdasarkan keaslian , kreativiti dan struktur . Segmen seterusnya ialah Jual Beli Pantun , di mana akan ada perlawanan pantun antara Team A vs Team B dalam masa yang diberikan. Segmen terakhir iaitu Spantun memerlukan pasukan untuk mencipta pantun dua kerat secara spontan menggunakan kata kunci yang diberikan. Pasukan dengan mata terkumpul tertinggi akan diumumkan sebagai menang!

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)


PINDAH RANDAH

21 JULAI 2015, 6petang

Harun yang sangat kedekut dan tamak, mengambil segala harta ibu bapanya tanpa membahagikan dengan adik beradik sendiri terpaksa sentiasa berpindah randah kerana kehilangan kepercayaan dari rakan dan orang sekeliling.

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)


IDRIS MLM

22 JULAI 2015, 6petang

Kisah tentang kehidupan Idris yang suka berniaga MLM untuk mendapat keuntungan yang banyak sehingga sanggup menghabiskan duit isterinya dan mencari apa jua kaedah untuk mendapatkan pelabur tetapi gagal membayar bonus kepada mereka dan lambat laun, aktivitinya telah terbongkat dan Idris di tangkap polis

Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134)