KUALA LUMPUR: Melakar perjalanan sebagai anak seni selama dua dekad, hakikatnya bukan mudah buat penyanyi rap terkenal yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow untuk menempa nama dalam genre muzik hip hop, baik di Malaysia mahupun luar negara.
Apatah lagi, apabila pelantun lagu Satu Malam Di Temasek ini yang sebelumnya merupakan anggota kumpulan Too Phat terpaksa bergerak solo pada 2017 selepas rakan duonya, Malique menghilangkan diri kerana lebih selesa untuk bergerak sendirian di belakang tabir walhal populariti mereka ketika itu begitu memuncak.
Terumbang-ambing susulan keputusan itu yang memberi kesan cukup besar dalam hidup dan kerjaya seninya, namun cinta Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak terhadap dunia hip-hop menguatkan semangatnya untuk terus menyemarakkan lagi genre berkenaan dan akhirnya satu demi satu kejayaan dilakarnya.
Tidak hanya memecah tradisi apabila lirik lagu Apa Khabar oleh Joe dan ciptaan SonaOne menjadi genre hip-hop pertama dinobatkan sebagai Juara Lagu pada 2014, malah rapper ini memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia Tenggara pada Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018) selain bekerjasama dengan bintang rap dunia, Snoop Dogg pada 2021.
Biarpun begitu, tidak ramai yang mengetahui akan onak duri yang perlu ditempuhi anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini untuk terus kekal relevan dan utuh dalam persada hip-hop sehingga ke saat ini walaupun pelbagai nama baharu rapper mewarnai industri hiburan ketika ini.
Kerana itu, Joe akhirnya terbuka hati untuk mengabadikan liku-liku kehidupannya sebagai pemuzik rap dalam filem dokumentari autobiografi bertajuk 'This Is Johan' yang membawa penonton menyaksikan perjalanannya ketika zaman kecil hingga menceburi bidang seni.
Berdurasi dua jam, dokumentari itu yang menyingkap pelbagai perspektif termasuk keluarga dan kenalan rapat alam persekolahan sebelum popular turut mempamerkan momen jatuh bangun Joe dalam industri yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada peminat serta mereka yang ingin mengikuti jejaknya.
Joe ketika ditemui berkata dia gembira selepas proses penggambaran yang dijalankan oleh produksi filem, Mojo Films yang mengambil masa kira-kira dua tahun enam bulan itu akhirnya berjaya menyiapkan filem dokumentari autobiografi yang menarik dengan footage atau bahagian filem yang tersusun.
"Sepatutnya proses penggambaran dokumentari ini enam bulan, tapi ada ketika kru produksi terpaksa terbang ke Singapura dan Bangkok, Thailand semata-mata untuk mendapatkan footage reaksi daripada artis-artis di sana untuk bercerita tentang saya.
"...dan juga rakaman ketika saya melakukan konsert solo dan bertanding di Anugerah Juara Lagu. Jadi, kita tidak terlalu tergesa-gesa untuk menyiapkan dokumentari ini kerana mahu ia dilihat naskhah terbaik dan memastikan jalan cerita itu betul," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.
Inginkan kisah perjalanan kariernya sebagai penyanyi rap dihasilkan semasa masih hidup dan keluar daripada mulutnya sendiri, Joe yang juga dikenali sebagai Mr President tidak mahu perihal kerjayanya diceritakan oleh pihak ketiga yang biasanya dihasilkan selepas seseorang artis itu meninggal dunia.
"Penceritaan ini (dokumentari) datang daripada naratif saya sendiri bukan daripada orang ketiga seperti kebanyakan dokumentari artis yang dibuat selepas mereka meninggal dunia. Jadi, sekurang-kurangnya saya telah bercerita tentang karya saya ketika saya masih hidup," katanya.
Selepas lebih dua dekad dalam industri seni, Joe turut menzahirkan kesyukuran kerana masih mampu bertahan dan mengetengahkan lagu-lagu yang dapat menjadi terapi selepas melalui kehidupan yang sukar.
Sementara itu, pengarah dokumentari berkenaan, Barney Chua berkata 'This Is Johan' merupakan pengalaman pertama bagi pihaknya selaku syarikat penerbitan menghasilkan filem dokumentari berbanding fokus utama mereka menghasilkan iklan pendek sejak 17 tahun aktif dalam bidang itu.
"Footage asal keseluruhan untuk hasilkan filem ini ada sekitar mencecah 400 jam dan memang susah bagi kita untuk jadikannya dua jam.
"... bahagian paling susah ialah selepas Joe tidak lagi bersama Too Phat (bahagian kedua) kerana Joe sangat berjuang melawan kesulitan serta ramai yang ditemu ramah juga tidak tahu apa yang Joe buat, namun akhirnya kita berjaya menyiapkannya," katanya.
Dokumentari This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton menerusi platform penstriman hiburan, Viu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Joe Flizzow pada sidang media mengenai filem dokumentari 'This is Johan' di Kuala Lumpur, beru-baru ini. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Hannah Yeoh tegur pemakaian Joe Flizzow
Ahli Parlimen Segambut tersebut menyifatkan pemilik nama sebenar, Johan Ishak berbeza dengan rakan yang lain.
'This Is Johan' abadikan perjalanan seni Joe Flizzow
Johan menguatkan semangatnya untuk terus menyemarakkan lagi genre berkenaan dan akhirnya satu demi satu kejayaan dilakarnya.
Joe Flizzow tunai janji
Joe Flizzow menunaikan janji untuk memberi kelainan dan meninggalkan memori indah buat 1,500 peminat yang hadir menyaksikan konsert solo pertamanya, Joe Flizzow-This is Johan Live In Concert.
Penantian 15 tahun, konsert sulung Joe Flizzow 15 Julai depan
SELEPAS 15 tahun bergerak secara solo, penyanyi hip hop terkemuka Joe Flizzow bakal mengadakan konsert solo pertamanya di JioSpace, Petaling Jaya, pada 15 Julai depan.
Tahniah! Joe Flizzow, Marini Ramlan selamat bergelar suami isteri
Penyanyi rap dan penulis lirik terkenal tanah air, Joe Flizzow selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada Jumaat.
'Joe dan Marini serius sejak tiga tahun lalu' - Ibu Joe Flizzow umum pertunangan
Penyanyi rap dan penulis lirik, Joe Flizzow bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Marini Ramlan pada April tahun depan.
Joe Flizzow kahwin tahun depan?
Aishah Ali memberitahu anak sulungnya itu sudah berapa pada tahap membanggakan untuk mendirikan rumah tangga.
"You are too cool" - Joe Flizzow curi perhatian, duduk sebelah Anna Wintour!
Penyanyi Rap dan usahawan popular, Joe Flizzow berkongsi foto bersama Ketua Pengarang majalah fesyen Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour.
Akhirnya duet Joe Flizzow, Jay Park bakal kedengaran
Joe Flizzow & Jay Park everybody!