Menerusi Instagram miliknya, Jihan telah memuat naik foto bersama Siti beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.
Dalam kapsyen gambar terbabit, Jihan mendedahkan walaupun selalu berjumpa dan bekerja bersama Siti, tetapi apabila duduk berhadapan dengan Siti, dia akan berubah menjadi kejung.
Jihan memberitahu dia juga pernah menghadiri uji bakat menjadi penari joget lambak untuk program Ole-Ole Siti Nurhaliza.
Jihan juga mengaku lututnya menggigil apabila perlu berzapin di depan Siti.
Entri tersebut telah menarik perhatian Siti dan penyanyi lagu Anta Permana itu sempat meninggalkan komen.
"Comelnya," tulis Siti.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat keterujaan Jihan apabila bertemu dengan Siti ketika di program MeleTOP baru-baru ini.