Pelawak Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 29, akui sudah membawa wanita yang digosipkan sebagai kekasihnya iaitu Nazeera Sardi pulang ke kampung halamannya.
Jep Sepahtu yang tidak mahu mendedahkan lebih lanjut statusnya bersama wanita berkenaan memberitahu Astro Gempak mereka berkawan rapat dan sudah mengenali sejak 6 tahun lalu.
“Cukup jika saya katakan, dia kawan lama saya. Saya pernah bawa dia pulang ke kampung untuk bertemu keluarga saya.Saya juga kenal keluarga dia.
"Tapi ini cerita enam tahun sudah. Sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana. Tetapi buat masa sekarang, dia wanita paling rapat dalam hidup saya.
“Kami sudah kenal sejak enam tahun lepas. Tetapi selepas empat tahun berkawan, kami bawa haluan masing-masing selama dua tahun.
“Bagaimana pun awal tahun lalu kami bertemu kembali dan selepas beberapa kali keluar makan bersama, kami kembali akrab,” jelas Jep (Sepahtu) mengenai sekeping foto dia bersama seorang wanita dikenali sebagai Nazeera Sardi yang dimuat naik di dalam laman sosial Instagram.
Tambah Jep lagi dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang status hubungannya dengan gadis tersebut daripada peminat.
“Tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram.
“Untuk bercerita lanjut tentang hubungan saya dengan dia, saya rasa tak perlu kerana perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu,” katanya.
Apabila ditanya adakah tujuannya memuat naik foto terbabit kerana mahu menutup gosip yang mendakwa dia sudah bertunang, Jep menafikan.
“Saya letak gambar tu sebab nak buktikan saya bukan gay,” katanya ketawa.
Terdahulu portal Murai telah mengeluarkan gosip mengenai Jep yang dikatakan dilihat mesra keluar bersama seorang wanita.
Gempak
Thu Oct 23 2014
Jep sudah mengenali gadis bernama Naezeera Sardi itu sejak enam tahun dulu. - Foto Fail
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
K-pop: V akhirnya bersuara 'diamkan' gosip dari peminat fanatik
V menafikan hubungannya bersama anak perempuan hartawan terkemuka Korea Selatan.
Digosip bernikah dengan Nora, Annuar Musa kesal orang lain terkena tempias fitnah
Annuar mengulas mengenai dakwaan yang tersebar di laman Twitter kononnya beliau bernikah dengan penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin.
Teringat manisnya kehidupan zaman belajar di universiti awam? Jom 'recap' kenangan ini...
Rindu sewaktu zaman belajar? Jom 'recap' perisitiwa yang mungkin berlaku di kebanyakan universiti awam.
Jauhkan diri daripada 'diva' dan 'drama queen' di tempat kerja
Pelbagai masalah boleh berlaku dalam dunia pekerjaan sama ada melalui tekanan persekitaran, bebanan tugas yang dihadapi ataupun faktor lain yang melibatkan rakan sekerja.
Tajul akui sudah ada kekasih, namanya Nurul...
Penyanyi Tajul mengakui dirinya kini sudah mempunyai kekasih dengan wanita yang dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie.
Status popular ada kebaikannya - Syed Saddiq
Status selebriti yang diberi segelintir anggota masyarakat tidak pernah difikirkannya. Apa yang penting kini adalah khidmat yang mahu diberikan.
'Belum... Belum bersalin lagi. Jangan buat khabar angin', kata pengurus Siti Nurhaliza
Menerusi entri terbaharu di Instagram miliknya, Rozi Abdul Razak menepis khabar angin yang mengatakan penyanyi nombor satu negara itu sudah bersalin.
Hubungan cinta Brad Pitt dan Jennifer Lawrence hanya khabar angin
Penafian itu muncul susulan pendedahan sebuah majalah gosip yang melaporkan Pitt dan Lawrence "kerap keluar bersama untuk berseronok".
Bercinta dengan Brad Pitt? Merepeklah! - Ella Purnell
Aktres muda, Ella Purnell nafi bercinta dengan Brad Pitt dan menyifatkan gosip itu sangat merepek.
Luahan kebahagiaan Yuna di Instagram
Kemaskini di akaun Instagram pada Selasa seolah-olah mengiyakan gosip cinta yang digembar-gemburkan terjalin antara Yuna dan Adam Sinclair.