Jenazah pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh dekat sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham tiba di sini pada kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 8 pagi tadi.
Jenazah kemudiannya disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek sebelum dikebumikan sebelah pusara ibunya.
Abdul Aziz, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor kira-kira 11.30 malam tadi.
Kira-kira 250 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan artis dan pengiat seni tanah air hadir di tanah perkuburan itu.
Antara rakan artis yang hadir ialah pelakon S. Sahlan, artis veteran Sharifah Aminah Syed Abdullah, Amran Aman Ramli atau Amran Tompel dan rakan seangkatan Allahyarham Datuk Amin Khan.
Turut hadir Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.
Abdul Aziz yang begitu popular pada era 1980-an pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti PJ Holding, Sate, Maria Mariana dan Impian serta pernah menjadi presiden Persatuan Seniman Malaysia.
Sementara itu, rakan artis menyifatkan Allahyarham semasa hayatnya sebagai seorang rakan yang baik, penyayang dan prihatin dan pemergiannya merupakan kehilangan kepada industri perfileman tanah air.
S. Sahlan, 74, ketika ditemui Bernama berkata beliau mengenali arwah sejak tahun 1960-an lagi dan merupakan rakan paling lamanya.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah pada bulan lepas. Dia ini seorang yang sangat gigih bekerja dan cekal menghadapi cabaran ... namun saya terkilan kerana arwah tidak cerita sakit yang dihidapinya sehinggalah saya diberitahu ia telah memasuki tahap empat.
"Pada saya, arwah seorang yang sangat ceria, berfikiran terbuka dan jarang sekali nak melihat dia marah-marah. Kehilangannya amat dirasai," katanya.
Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Rahim Jailani pula menyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan besar kepada industri lakonan tanah air.
"Saya kenal arwah pada tahun 1980-an di RTM (Radio Televisyen Malaysia). Beliau seorang yang mudah didekati dan mesra dan selalu beri nasihat pada rakan-rakan artis-artis lain. Arwah juga aktif memberi nasihat kepada persatuan ini. Saya berasa amat sedih dengan kehilangannya," katanya.
Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad atau Zack Kool pula menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam kerjayanya.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zunita Mohamed dan enam orang anak kesemuanya lelaki.
Bernama
Sat Jul 02 2016
![Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467445238_PengebumianDAziz.jpg)
Abdul Aziz, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor kira-kira 11.30 malam tadi. - Foto Bernama
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467445238_PengebumianDAziz.jpg)
Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau
Jenazah Allahyarham tiba di Rembau pada kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia.