SINGAPURA: Dunia mengetahui, negara jiran Malaysia - Singapura - menerima kehadiran artis popular bertaraf antarabangsa minggu ini, Taylor Swift.
Penyanyi itu dijadual menganjurkan siri jelajah Taylor Swift's Eras dan menurut artikel Frances Mao di BBC, jelajah itu merupakan “satu penghormatan, tetapi satu penghormatan yang perlu 'dibayar harganya'”.
Bayaran buat Swift pada mulanya dilaporkan setinggi S$24 juta (RM84 juta) untuk enam pertunjukan eksklusif untuk negara Asia Tenggara itu.
Menteri Kebudayaan Singapura, Edwin Tong memberitahu CNA Singapura bahawa bayaran sebenar "tidak setinggi itu" - walaupun beliau masih enggan mendedahkan angka yang tepat.
Begitupun, fakta sebenar wang yang dibelanjakan hanya terungkap selepas kecaman daripada perdana menteri Thailand, Srettha Thavisin yang berkata Singapura membayar penganjur konsert S$2-3 juta setiap malam.
Itu mencetuskan kritikan di seluruh rantau Asia Tenggara.
Di Filipina, seorang penggubal undang-undang mengkritik langkah itu, berkata "jiran yang baik tidak melakukan perkara itu" - dan menggesa bantahan rasmi terhadap perkara itu.
Begitupun, tatkala kerajaan Singapura memerhati ada yang marah namun jualan tiket tetap laris.
Nama Swift kedengaran di mana-mana pelusuk di seluruh Asia Tenggara, yang menempatkan kira-kira 700 juta orang - daripada lorong-lorong di Ho Chi Minh hingga teksi di Bangkok.
Mata wang Singapura - salah satu yang terkuat di Asia - telah lama menjadi penghalang kepada pelawat.
Begitupun, peluang untuk peluang melihat idola mereka, ramai peminatnya sanggup menanggung ‘harga mahal itu dan hanya tersenyum’.
Dalam pada itu, Singapura berkata siri jelajah Swift akan membawa faedah ekonomi tertentu kepada negara itu.
Tetapi berapa banyak keuntungan bersih yang akan dijana tidak jelas.
Menurut Frances, BBC telah menghubungi Lembaga Pelancongan Singapura tetapi mereka enggan mendedahkan anggaran pelawat asing atau model lain.
Sebuah bank tempatan telah menganggarkan bahawa perbelanjaan pengguna mungkin melebihi S$350 juta - tetapi itu berdasarkan ramalan yang sangat optimistik bahawa 70 peratus daripada hadirin adalah dari luar negara.
Malah Grand Prix Formula One Singapura hanya menyaksikan 49 peratus penonton dari luar negara pada 2022, dengan rekod 300,000 penonton.
Tetapi pensyarah perniagaan, Julien Cayla dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura menegaskan perbelanjaan awam harus diteliti - terutamanya apabila ia hanya didedahkan kepada rakyat oleh kerajaan negara lain.
Tambahnya, di negara yang faedah kebajikannya agak terhad - ia boleh dilihat sebagai perbelanjaan yang banyak.
“Untuk mewajarkan perbelanjaan (dilaporkan) S$24 juta pada sesuatu yang pada zahirnya mungkin tidak begitu kritikal kepada prestasi ekonomi negara berbanding perbelanjaan untuk orang ramai dan perkhidmatan awam... terdapat ketegangan di sana," kata Prof Cayla.
Namun begitu, beliau dan yang lain berkata apabila dalam merancang sektor pelancongan, kerajaan mempunyai mandat untuk melaburkan wang dan Singapura tidak terkecuali. -- Agensi
Agensi
Mon Mar 04 2024
![Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700803884_TBTaylorSwift.jpg)
Fakta sebenar wang yang dibelanjakan hanya terungkap selepas kecaman daripada perdana menteri Thailand, yang berkata Singapura membayar penganjur konsert S$2-3 juta setiap malam. - Foto Gempak
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719028141_tbJetperibadiTayl.jpg)
Dua wanita ditahan conteng jet peribadi disangka milik Taylor Swift
Dua wanita ditahan selepas menconteng jet peribadi didakwa milik penyanyi popular dunia, Taylor Swift.
!['Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners' - Fahmi 'Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710311169_TBFAHMIFADZILj.jpg)
'Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners' - Fahmi
"Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners," kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
!['Ini kos bawa isteri tengok konsert Taylor Swift' 'Ini kos bawa isteri tengok konsert Taylor Swift'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710034957_konserttaylorswift.jpg)
'Ini kos bawa isteri tengok konsert Taylor Swift'
Keseluruhannya, jumlah wang yang dibelanjakan Hendra adalah sebanyak 38,150,000 rupiah atau bersamaan kira-kira RM11,500.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya' PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700803884_TBTaylorSwift.jpg)
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700803884_TBTaylorSwift.jpg)
Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura
Bayaran pada mulanya dilaporkan setinggi S$24 juta untuk enam pertunjukan eksklusif untuk negara Asia Tenggara itu.
![PM Thailand ikrar bawa Taylor Swift, artis gred A ke Thailand PM Thailand ikrar bawa Taylor Swift, artis gred A ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708142146_SretthaSwift.jpg)
PM Thailand ikrar bawa Taylor Swift, artis gred A ke Thailand
Kenyataan itu dibuat selepas berita Taylor Swift hanya akan singgah di Singapura, satu-satunya destinasi Asia Tenggara dalam The Eras Tour.
![Taylor Swift pecah rekod, menang lagi Album Of The Year menerusi Grammy Awards! Taylor Swift pecah rekod, menang lagi Album Of The Year menerusi Grammy Awards!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707108312_TBTaylorSwift.jpg)
Taylor Swift pecah rekod, menang lagi Album Of The Year menerusi Grammy Awards!
Taylor Swift meraih satu lagi kemenangan menerusi kategori Album Of The Year bagi album Midnights pada Grammy Awards.
![Microsoft Designer dikemas kini bagi mengelakkan imej lucah dijana oleh AI Microsoft Designer dikemas kini bagi mengelakkan imej lucah dijana oleh AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706586289_TBMicrosoftDesign.jpg)
Microsoft Designer dikemas kini bagi mengelakkan imej lucah dijana oleh AI
Berikutan insiden penyebaran imej lucah Taylor Swift dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif, Microsoft telah mengemas kini terma dan syarat penggunaan perkhidmatan Designer mereka.