Baru-baru ini tersebar video adik kepada superstar Beyonce yang dikenali sebagai Solange membelasah abang iparnya Jay-Z.
Tindakan Solange itu telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan di kalangan para peminat yang rata-ratanya mahu tahu mengapa dia bertindak demikian.
Pelbagai spekulasi timbul selepas penyebaran video yang memaparkan Solange menendang Jay-Z ketika masuk ke dalam lif.
Antara desas-desus yang timbul ialah, Solange terlalu marah dengan sikap Jay-Z yang terlalu mesra dengan pereka fesyen Rachel Roy ketika menghadiri acara Met Gala pada 5 Mei lalu di The Standard Hotel, New York, Amerika Syarikat.
Solange menganggap abang iparnya itu menggatal dan tidak menghormati kakaknya yang merupakan isterinya sendiri.
Difahamkan sebelum itu Solange didaka telah menjerit memberi amaran kepada Rachel supaya menjauhkan diri daripada abang iparnya itu.
Berikutan itu, rapper terbabit kemudian memarahi kerana bertindak di luar batasan.
Sementara itu kenyataan di US Magazine pula, Solange sebelum itu pernah memberitahu Rachel dia takkan berdiam jika sesiapa cuba mendekati Jay-Z, tetapi tidak diendahkan Rachel.
Kemarahan Solange semakin memuncak selepas rapper berkenaan mengambil keputusan mahu ke parti Rihanna pula tanpa membawa isterinya bersama.
Solange dan Jay-Z selepas itu dilaporkan bertikam lidah di bilik Boom Boom sebelum mereka bertiga memasuki lif untuk meninggalkan acara itu.
Beyonce dilihat menaiki kereta bersama adiknya manakala Jay-Z pula dikhabarkan mengambil keputusan ke parti Rihanna.
Bagaimanapun spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Jay-Z dan Beyonce dapat ditutup selepas mereka dilihat keluar berdua menonton perlawanan bola keranjang Nets di Brooklyn, selepas insiden itu.
Kemelut antara Jay-Z dan Solange juga dikatakan sudah reda selepas kedua mereka ada keluar bersama untuk membeli-belah di sebuah kedai peralatan kemas sehari selepas itu.
Bagaimanapun, itu sekadar khabar angin kerana menurut pemilik kedai berkenaan sendiri memberitahu mereka tidak pernah bertandang ke kedainya pun seperti didakwa. -- Astro Gempak
Gempak
Sat May 17 2014

Jay Z (berbaju putih) dan Solange Knowles (berbaju jingga)
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Jay-Z didakwa rogol budak 13 tahun, akan duduk bincang dengan Beyonce
Rapper terkenal Jay-Z didakwa merogol seorang budak berusia 13 tahun pada 2000.

Beyonce pecah rekod menang anugerah Grammy paling banyak
Beliau juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65, dengan sembilan pencalonan.

Hotel mewah Dubai bayar Beyonce RM111 juta, bagi tetamu sikat salut emas
Sebuah hotel terlajak mewah di Dubai, Atlantis The Royal baru dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.

Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65
Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy.

Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu
Dalam lagu Partition nama Lewinsky digunakan sebagai kata kerja bagi menggambarkan pandangan lelaki ke atas seorang wanita.

Beyonce sertai TikTok, janjikan lebih banyak karya
Keseluruhan katalog muziknya kini tersedia kepada pengguna TikTok untuk digunakan dalam kandungan mereka.

Pereka fesyen Thierry Mugler meninggal dunia
Mugler mula berjinak dalam arena rekaan fesyen pada era 1970-an dan mula dikenali dengan reka bentuk avant-garde yang dramatik.

I Can't Breathe dinobat Lagu Terbaik Anugerah Grammy ke-63... ini senarai penuh pemenang
Anugerah Grammy Ke-63 berlangsung dalam suasana norma baharu dan disiarkan secara maya

Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021
Taylor Swift menang Album Terbaik menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang menang kategori itu sebanyak tiga kali.

Beyonce terima pencalonan Grammy terbanyak, termasuk 'Record of the Year'
Pencalonan Beyonce itu adalah menerusi lagu 'Black Parade' dari album 'The Lion King: The Gift' yang ditujukan kepada komuniti kulit hitam.