Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H yang dijangka jatuh pada 31 Julai ini, Astro akan menyajikan pelbagai program menarik buat seisi keluarga, merangkumi program hiburan Islamik bersama tokoh-tokoh Islam negara, telefilem yang menampilkan nama-nama popular tanah air, drama bersiri, serta program kanak-kanak dan siri animasi.
Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro berkata, saluran-saluran Melayu di Astro sudah sinonim dengan sajian hiburan berterusan, terutamanya pada setiap musim perayaan.
Menggalas tanggungjawab sebagai peneraju kandungan hiburan Melayu utama tanah air, Astro tetap dengan tradisinya menyediakan pelbagai sajian nurani yang penuh bermakna dan bermanfaat, sesuai dan relevan buat tontonan masyarakat Islam di Malaysia khususnya, sempena Aidiladha tahun ini.
"Mesej pengorbanan yang menjadi intipati utama kandungan kami di kesemua saluran Melayu Astro juga dibawakan ke alam maya dengan platform digital kami, My Salam Muslim, bagi pilihan yang lebih fleksibel," katanya.
Seperti yang diumumkan kerajaan, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda, komuniti Muslim di seluruh dunia tahun ini tidak dapat menunaikan ibadah Haji yang merupakan salah satu tunggak utama bagi mereka yang beragama Islam.
"Dengan menyediakan pelbagai sajian nurani bagi mengimarahkan kedatangan bulan penuh keberkatan ini, kami berharap, walaupun Tanah Suci Makkah 'jauh di mata', pengisian bermanfaat dalam program-program istimewa Aidiladha di platform Astro dapat meringankan kerinduan umat Islam dan membuatkan suasana keindahan ibadah Haji itu 'dekat di hati'," kata Azlin.
Antara yang menarik di Astro sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini termasuklah Ibrah Qurban (bersama pengacara Fakhrul UNIC) yang bakal disiarkan setiap hari, jam 6.30 petang mulai 24 hingga 31 Julai di Astro Oasis, yang mana ia bakal mengupas erti pengorbanan pelbagai individu untuk memperkayakan kehidupan dan rohani mereka.
Juga ditawarkan di Astro Oasis adalah program Demi Pengorbanan (setiap Rabu, jam 7.30 petang, sehingga 30 September) bersama Ustaz Don Daniyal yang bakal menyentuh tentang persediaan seseorang itu sebelum ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji, serta pandemik COVID-19 yang merubah suasana haji pada tahun ini.
Selain itu, Iman & Aman kembali untuk musim keduanya bersama Imam Haji Mohd Akib yang bakal memberikan suntikan kesedaran kepada orang ramai dalam mencari erti barakah dalam kehidupan mereka. Saksikan program ini pada setiap Isnin, jam 7 malam, di Astro Oasis.
NAURA, saluran gaya hidup Muslim moden pula mengukuhkan lagi tema 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' dengan program The Days of Hajj (di aplikasi Astro GO), sebuah dokumentari membantu menambahkan pemahaman yang menyeluruh terhadap kisah perjalananan ke Mekah dan Madinah yang merupakan bandar kelahiran Nabi Muhammad SAW. Bakal menemui penonton mulai 24 Julai, jam 10 malam ini, program Labayk Allahuma Labayk menekankan tentang perjalanan para jemaah untuk menziarah tanah suci Mekah serta usaha mereka dalam meningkatkan rasa rendah diri dalam menunaikan ibadah haji. Pada 31 Julai, jam 3 petang penonton boleh menikmati program Journey to Mecca, sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. Pada jam 9 malam pula, saksikan Naura Shares bersama Ajak Shiro di mana beliau akan berkongsi tentang perjalanan beliau menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Tidak ketinggalan juga adalah saluran Astro Ria yang membawakan filem 'Jumanji: The Next Level' (dibintangi Dwayne Johnson, Jack Black, dan Kevin Hart) secara eksklusif di kaca televisyen pada Jumaat, 31 Julai, jam 10 malam. Khas buat pengikut artis BBNU pula adalah koleksi telefilem Raya BBNU yang dibintagi As'ad Motawh, Sweet Qismina, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Eric Fuzi, Hanbyul, Syafiq Farhain dan ramai lagi, seperti Batang Buruk Lesung Batu (31 Julai, 10 pagi), Cerita Raya Luar Biasa (1 Ogos, 10 pagi), dan Aku Benci Kpop (2 Ogos, 10 pagi). Peminat lagenda Tan Sri P. Ramlee pula boleh menyaksikan filem Nujum Pak Belalang (31 Julai, 1.30 petang), Pendekar Bujang Lapok (1 Ogos, 1.30 petang), dan Ali Baba Bujang Lapok, (2 Ogos, 1.30 petang). Astro Ria juga bakal menyiarkan dua filem seram dari Indonesia, Syirik, pada 1 Ogos dan Iblis, pada 2 Ogos, jam 11 malam.
Astro Prima pula tampil dengan program bual bicara istimewa Mingguan Wanita bagi Hari Raya Aidiladha, episod bertemakan 'Masakan Daging Korban' bakal disiarkan pada Selasa, 28 Julai jam 12 tengah hari, manakala episod bertemakan 'Hikmah Pembatalan Haji' pula akan disiarkan pada Khamis, 30 Julai, juga pada jam 12 tengah hari. Saksikan tribut khas buat pelakon tersohor M. Rajoli seperti filem Quran Buruk (31 Julai), Liang Lahad (1 Ogos) dan Tanah Kubur (2 Ogos), semuanya jam 11 malam. Peminat siri animasi Upin & Ipin juga bakal dihiburkan dengan musim kedua siri pendek Upin & Ipin Iqra mulai 31 Julai hingga 6 Ogos, jam 7 petang!
Di saluran Astro Citra pula terdapat seleksi telefilem hebat tanah air yang bertemakan pengorbanan seperti Selagi Masih Ada (24 Julai), Surga Yang Terluka (25 Julai), Perempuan Lindungan Kaabah (26 Julai) pada jam 9 malam manakala drama Wau Kasih (27 Julai) dan Kalbu Pun Berzikir (28 Julai) pada jam 9.30 malam. Selain dari itu, istimewa buat peminat industri animasi Malaysia, saksikan Ejen Ali The Movie pada 31 Julai jam 11 pagi di Astro Citra! Pada jam 9 malam pula, terdapat filem drama Harim Di Tanah Haram (dibintangi Irwansyah, Sylvia Fully, dan Wawan Wanisar) kemudian nikmati filem aksi blockbuster Furious 7 (dibintangi Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez) pada jam 11.15 malam pula.
Kanak-kanak dan seisi keluarga juga boleh berhibur dengan maraton istimewa bagi program Salam Squad di Astro Ceria! Pada Jumaat, 31 Julai, saksikan telefilem Salam Squad Kambing Bekkk! mulai 6 petang, diikuti dengan kesemua episod komedi bersiri Salam Squad 2.0 bersama PU Azman. Pada hari yang sama juga, karakter Papa dan Pipi dari animasi Boboiboy bakal membuat tayangan perdana lagu mereka 'Perut Papaku' di Astro Ceria pada jam 10.50 pagi! Siri animasi Omar & Hana juga tampil dengan lagu-lagu baharunya setiap Jumaat, 11.30 pagi dan 3 petang.
Istimewa sempena Aidiladha di Astro Warna, penonton bakal disajikan dengan episod khas, Rumah No. 107 bersama tetamu jemputan PU Azman dan Imam Muda Ashraf pada Jumaat, 31 Julai jam 9.00 malam. Program Lawak Tak Lagha musim kedua juga akan menutup tirai dengan episod terakhir bersama Ustaz Abdullah Khairi, Erma Fatima dan Pak Ya pada Khamis, 30 Julai, 9.00 malam. Selain itu, penonton dapat terus meriahkan sambutan Aidiladha mereka dengan throwback Raya bersama kandungan terbaik dari Astro Warna seperti Sepahtu Reunion Al Raya 2017, 2019, dan 2020 dari 31 Julai hingga 2 Ogos. Juga dari 31 Julai hingga 2 Ogos, Astro Warna menawarkan seleksi filem throwback Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 3 petang untuk tontonan seisi keluarga.
Bagi platform digital pula, My Salam Muslim berkerjasama dengan barisan artis popular Hady Mirza, Naqiu, Lah Ahmad, Mawi, Anas dan PU Azhar untuk bergabung suara mendendangkan talbiah yang diberi nafas baru. Saksikan tayangan perdana video istimewa PanggilanMu pada 24 Julai, jam 8.55 malam di kesemua platform My Salam Muslim dan saluran-saluran Melayu Astro serta radio ZAYAN. Program Jurnal Haji Rasulullah (mulai 20 Julai, setiap Isnin dan Khamis) bakal menyaksikan Ustaz Don Daniyal berkongsi tentang nilai-nilai murni dan pengajaran dalam sejarah agung perjalanan Haji Rasulullah SAW yang boleh dijadikan inspirasi dan diamalkan dalam kehidupan seharian oleh para penonton. Mulai 27 Julai pula terdapat siri video pendek UmraHaji Story Time di mana pelbagai barisan selebriti menceritakan pengalaman umrah/haji yang paling sukar dilupakan, dan apakah erti pengorbanan buat mereka. Selain itu terdapat juga siri video istimewa Soalan Tak Lagha pada setiap Rabu di laman Instagram My Salam Muslim.
Kesemua kandungan bagi platform digital My Salam Muslim boleh didapati di laman Instagram @mysalammuslim, Facebook Salam Muslim dan saluran YouTube rasmi My Salam Muslim.
Jangan lupa, temujanji anda bersama kami di Astro sempena Hari Raya Aidiladha 1441H ini!
#JauhDiMata #DekatDiHati #SajianNurani #BarulahON #ASTROsoON
Astro Awani
Thu Jul 23 2020
Astro himpun program-program istimewa khususnya di platform televisyen dan digital
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Guna kemajuan teknologi kesan potensi kerosakan tayar untuk elak kemalangan - NIOSH
Teknologi itu mampu memberi amaran awal tentang potensi kerosakan yang boleh membahayakan nyawa.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.