Jalan cerita yang unik yang mengetengahkan isu politik dan sosial bakal menjadi tunggak utama dalam Festival Filem Johor Bahru yang akan berlangsung pada bulan Jun ini.
Menurut kurator festival filem Hassan Muthalib, beliau berharap pembikin filem baharu boleh menjadikan filem-filem yang bakal ditayangkan sebagai inspirasi dalam karya mereka.
“Sebagai kurator, saya memilih filem berkenaan berdasarkan tiga kriteria iaitu ia harus menghiburkan, ia membawa isu yang penting dari aspek politik atau sosial dan ia perlu mencerminkan gaya hidup sesuatu negara dan bangsa,” katanya ketika sidang media yang diadakan di ibu pejabat FINAS di Hulu Kelang.
Beliau berkata festival filem ini tidak memfokuskan kepada kepakaran kesan visual kerana keutamaan yang mahu diketengahkan adalah jalan cerita sesebuah filem.
“Sebagai contoh filem ‘Sayang di Sayang’ dari Singapura... ia mengishakan tentang sambal goreng tetapi kita boleh belajar bagaimana pembikin filem ini boleh membuat filem yang hebat dengan berlatarkan tentang sambal goreng sahaja.
“Cerita ‘Soekarno’ dar Indonesia pula fokus kepada bekas Presiden Indonesia Soekarno namun dengan penceritaan yang menarik, kita dapat melihat bahawa selain menjadi presiden yang hebat Soekarno merupakan seorang manusia biasa juga,” katanya.
Festival Filem Johor Bahru akan menampilkan 10 filem dari 10 negara yang berbeza.
Antara filem yang akan ditanyangkan adalah “Cuak” (Malaysia), “Labour of Love” (India), “Pee Mak” (Thailand), “Soekarno” (Indonesia), “Sayang Di Sayang” (Singapura), “Television” (Bangladesh), “Halaw” (Filipina), “Cambodian Son” (Kemboja), “Komaneko” (Jepun) dan “My Mother is in America and She met Buffalo Bill” (Perancis).
Pengarah Festival Filem Johor Bahru Suzie Yap pula berkata penganjuran Festival Filem Johor Bahru 2015 dengan pembangunan wilayah Iskandar yang menempatkan Pinewood Studios dan juga kampus Universiti Multimedia (MMU) di Nusajaya.
“Kami berharap ada para pelajar dan penggiat seni di wilayah Iskandar yang berminat untuk menghadiri Festival Filem Johor Bahru ini.
“Festival ini berbeza dengan festival filem yang lain yang lebih kepada pertandingan. Festival Filem Johor Bahru ini lebih interaktif. Penonton boleh berinteraksi bersama pembikin dan pengarah filem,” katanya.
Katanya, para pengarah akan diberi peluang untuk menerangkan tentang filem mereka sebelum tayangan dan diikuti dengan sesi soal jawab selepas tayangan filem.
“Dengan kampus MMU dan juga penggiat seni di kawasan wilayah Iskandar, kami berharap festival filem ini boleh menjadi pemangkin kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembikin filem. Ini merupakan satu peluang untuk mereka belajar dengan pembikin filem dari dalam dan luar negara,” katanya.
Festival Filem Johor Bahru akan berlangsung pada 11-13 Jun di MAP Nusajaya dan MMU Nusajaya. Ia merupakan anjuran Pertubuhan Seni Persembahan Negeri Johor dan sebahagian daripada Johor Bahru: International Festival City (JB:IFC).
Turut hadir sama pada sidang media adalah Pengarah Pemasaran FINAS Datuk Fauzi @ Pauzi Ayob dan pengasas Pertubuhan Seni Persembahan Negeri Johor Yap Siong Cheng.
Syafique Shuib
Tue May 26 2015
![Jalan cerita unik, aspek budaya tunggak utama Festival Filem JB Jalan cerita unik, aspek budaya tunggak utama Festival Filem JB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51432625475_295x200.jpg)
Pengarah festival Suzie Yap, kurator festival Hassan Muthalib, Pengarah Pemasaran FINAS Datuk Fauzi @ Pauzi Ayob dan pengasas Pertubuhan Seni Persembahan Negeri Johor Yap Siong Cheng.
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Jalan cerita unik, aspek budaya tunggak utama Festival Filem JB Jalan cerita unik, aspek budaya tunggak utama Festival Filem JB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51432625475_295x200.jpg)
Jalan cerita unik, aspek budaya tunggak utama Festival Filem JB
Festival Filem Johor Bahru 2015 yang akan berlangsung pada bulan Jun bakal menjadi pemangkin kepada anak-anak muda dan pembikin filem baharu.