Kumpulan legenda The Jacksons meluangkan masa melawat sebuah rumah anak-anak yatim semalam.

Mereka bukan saja menderma makanan dan barangan keperluan, tetapi turut menyumbangkan wang tunai.

Rumah yang terpilih ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha yang terletak di Gombak.

Ia memuatkan lebih 60 kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan sebulan sehingga 17 tahun.

Mereka meluangkan masa lebih sejam melayan penghuni rumah itu.

"The Jacksons" tiba di Kuala Lumpur dari Jepun sejak Selasa bagi menjayakan siri konsert "Unity".

Ini merupakan penyatuan semula mereka untuk menjelajah dunia selepas tiga dekad tidak bersama.

The Jacksons yang dianggotai Jackie, Tito, Marlon dan Jermaine Jackson merupakan serpihan kumpulan "The Jacksons Five”.

Antara lagu yang bakal dibawakan termasuk "ABC", "I'll Be There" dan "Good Times".

Mereka juga bakal menyampaikan semula lagu-lagu Michael dalam satu segmen khas.

Tiket-tiket berharga di antara RM198 sehingga RM498 dan boleh didapati di www.ticketpro.com.my.