TENANG-TENANG saja anggota kumpulan GOT7, Jackson Wang mengendalikan peminat fanatik yang menyerbunya ketika muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Biarpun berasak-asak dikerumun peminat, Wang sempat meminta petugas keselamatan untuk bertenang dan jangan menolak peminatnya.
"Jangan tolak mereka, tak mengapa. Tenang, relaks," kata Wang sambil melayan peminat-peminatnya ketika berjalan keluar dari KLIA.
Malah, Wang tetap mengambil surat-surat yang diberikan peminatnya walau dalam keadaan 'genting' itu.
Dalam ciapannya, Wang sempat berterima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima peminatnya di Malaysia.
"Sangat gembira bertemu kalian (peminat) semua, terima kasih menyambut kedatangan saya di lapangan terbang.
"Seperkara saya perlu beritahu, berhati-hati dan jaga keselamatan. Situasi itu sangat berbahaya dan kalian mungkin boleh tercedera. Saya sangat bimbang," tulisnya di Twitter.
Wang hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan di Good Vibes Festival, Sunway Lagoon pada Sabtu.
Usai menghiburkan peminat sambil mempromosikan album terbaharunya Magic Man, Wang sempat berseloroh untuk mencuri waktu melepak di restoran mamak.
"Nak pergi mamak tapi dah tutup 1 pagi. Mungkin akan cuba nasib esok (Ahad). Mahu melepak bersama-sama dengan kru.
"Terima kasih atas cadangan semua dan sekarang saya dah tahu kemana nak tuju nanti. Sayang kamu semua!" tulisnya. -- Gempak
A post shared by Malaysian Kpop Fans (MKF) (@msiakpopfans)
View this post on Instagram
A post shared by Z (@zimunn)
Foto/Video: Twitter, IG Jackson Wang, @bellachan_6868. @ooiaizhen, @zimunn
Gempak
Sun Sep 25 2022

Biarpun berasak-asak dikerumun peminat, Wang sempat meminta petugas keselamatan untuk bertenang dan jangan menolak peminatnya. - Gempak
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Jackson Wang cemas kena kerumun di 'airport' tapi seronok ada di KL
Biarpun berasak-asak dikerumun peminat, Wang sempat meminta petugas keselamatan untuk bertenang dan jangan menolak peminatnya.