Bekas juri program American Idol, Jennifer Lopez bakal membuat persembahan istimewa pada malam kemuncak pertandingan itu yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mei ini.
Sumber memberitahu E Online berkata, kemunculannya itu adalah bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan pada 8 Mei ini.
Turut timbul adalah spekulasi Jennifer atau lebih mesra dengan sapaan Jlo bakal kembali sebagai juri pada musim akan datang menggantikan Mariah Carey.
"Akan ada pertukaran juri untuk musim hadapan kerana pihak produksi merasakan gabungan perbezaan personaliti di antara Mariah dan Nicki Minaj nampaknya tidak dapat memberikan impak kepada penonton program itu," jelas sumber itu.
Bagaimanapun wakil produksi American Idol memberitahu berita berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal hanya kerana Jlo akan muncul pada pertandingan akhir program itu.