Penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 27, bakal menimang cahaya mata lelaki.
"Alhamdulillah, selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, isteri saya sedang hamil bayi lelaki. Setakat ini, kehamilan sudah memasuki usia lima bulan," kata Hafiz.
Berita ini disampaikan oleh pelantun lagu Awan Nano ini secara eksklusif menerusi rancangan Unplugged yang bersiaran malam tadi.
Menerusi program yang bersiaran setiap Isnin pada jam 11.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD itu, Hafiz bertindak sebagai pengacara bersama Elly Arifin.
"Buat masa ini, kami suami isteri masih lagi memikirkan mengenai nama anak yang bakal dilahirkan. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja," katanya lagi.
Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 di Kuching, Sarawak.
Dalam perkembangan terbaru, Hafiz sedang giat mempromosikan single terbarunya yang berjudul Kejar, ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak. - Teks oleh: Kamaruddin Razal
Gempak
Tue Aug 22 2017
Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 di Kuching, Sarawak. - Foto Astro GEMPAK
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
Selesa dengan Audi Mok, Wani Kayrie rakam single 'Fajar' dalam masa 24 jam
Penyanyi muda Wani Kayrie memaklumkan berjaya menyelesaikan proses rakaman single baharu berjudul, Fajar dalam masa sehari sahaja.
Nikki Palikat dedah sudah bercerai dengan Audi Mok
Tidak berniat untuk merahsiakan hal sebenar, Nikki berkata dia memerlukan masa sebelum berkongsi tentang penceraian mereka.
Isteri hamil 5 bulan, Hafiz Suip bakal timang anak lelaki
Penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 27, bakal menimang cahaya mata lelaki.