PELAKON Iqram Dinzly menolak pelawaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjemputnya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Iqram menerusi Instagramnya berkata, pelawaan itu terpaksa ditolak kerana mahu menumpukan perhatian terhadap ibunya masih dalam iddah.
"Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri yang hamba hormati, hamba mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi prihatin dengan apa yang terjadi.
"Maaf sekiranya hamba menolak untuk berjumpa dengan tuan hamba di Kuala Lumpur untuk berkomunikasi," katanya.
Tidak menolak secara langsung, malah Iqram pula menjemput Zulkifli untuk ke tempatnya bagi mengupas lebih mendalam apa yang telah terjadi.
"Lebih afdalnya, hamba jemput tuan hamba sudi ke Talaqqi Dinzly Studio untuk mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda di sisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.
"Kerana hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu ke mana-mana selagi masih iddah dan beliau sedang usaha untuk bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba," tulisnya lagi.
Iqram berharap, situasinya itu dapat difahami dan jemputannya disambut baik.
"Harap memahami dan Insya-ALLAH atas izin Illahi ini semua terjadi. Harap penulisan hamba yang tiada apa-apa lagi marhaen hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa.
"Besar hati menerima kehadiran tuan hamba untuk berkongsi rasa dan rahsia bersama bonda hamba keluarga," jelasnya.
BACA: Aku tak percaya! Biar apa pun mereka kata - Erma Fatima
BACA: 'Jangan maki Iqram, sebaliknya doakan dia' - Zulin Aziz
Katanya, pertemuan itu boleh berlangsung pada tahun hadapan dan akan menghubungi sendiri Zulkifli untuk sesi tersebut.
Terdahulu, Zulkifili memberikan surat terbuka menerusi laman Instagramnya kepada Iqram untuk berbincang berkenaan situasi dan keadaan Iqram.
Dalam surat itu juga menyatakan, berkemungkinan akan ada sisi-sisi tertentu yang boleh diusahakan untuk bantuan dan sokongan.
Sinar Harian
Thu Dec 28 2017
Iqram (kiri) menjemput Zulkifli untuk ke tempatnya bagi mengupas lebih mendalam apa yang telah terjadi.
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Langgar iddah? Puteri Sarah maklum setiap pergerakan kepada bekas suami
Jelas Puteri Sarah, tidak timbul isu dakwaan langgar iddah selepas mereka sah bercerai pada 13 Jun lalu.
Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi...
Iqram menerusi Instagramnya berkata, pelawaan itu terpaksa ditolak kerana mahu menumpukan perhatian terhadap ibunya masih dalam iddah.