LUAR biasa sambutan yang diterima dari peminat pesohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan berhubung pembebasan anak sulungnya, Aryan Khan dari penjara Arthur Road pada Sabtu.

Bagaikan pesta Deepavali, Aryan diraikan dengan paluan gendang, bunga api, mercun dan sorak-sorai daripada orang ramai yang berkumpul di luar penjara dan kediaman keluarga itu di Mannat.


Anak Shah Rukh Khan | Peminat banjiri Mumbai, rai pembebasan Aryan Khan


Kes Dadah | Anak Shah Rukh Khan diikat jamin

BACA: Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan 

BACA: Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran 

BACA: Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin 

BACA: Anak Shah Rukh Khan masih di penjara, keputusan ikat jamin diketahui petang ini 

Media sosial juga meriah dengan ucapan dari peminat mereka yang mengalu-alukan pembebasan 'Putera Aryan' itu.

Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing. Bagi Shah Rukh dan isteri, Gauri Khan, mereka bakal melakukan beberapa perkara ini kepada Aryan kelak:


#1 Pemeriksaan Perubatan

Selepas lebih 27 hari berada di dalam penjara Arthur Road, Aryan akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin pada petang Sabtu.

Menerusi laporan Bollywoodlife, Aryan akan menjalani beberapa ujian kesihatan ekoran berjauhan dari keluarganya ketika di penjara.

Sumber mendedahkan pakar nutrisi Aryan akan memantau pemakanannya memandangkan ibunya, Gauri risau akan makanan yang diberikan di dalam penjara.

Nasihat daripada pakar nutrisi akan dipertimbangkan dan Aryan akan membuat ujian darah nanti.


#2 'Follow up'

Aryan yang baru saja dibebaskan punyai rutin wajib yang ketat harus diikutinya termasuk melaporkan diri di pejabat NCM antara pukul 11 pagi hingga 2 petang setiap hari Jumaat.

Disebabkan kontroversi yang berlaku, Aryan berkemungkinan tidak akan keluar dari kediaman keluarganya dalam tempoh tertentu disebabkan terlalu ramai wakil media dan peminat yang berkerumun di luar kediamannya.


#3 Kaunseling

Selain daripada pemeriksaan fizikal, kesihatan mental Aryan juga menjadi keutamaan.

Shah Rukh dan Gauri difahamkan sedang merancang untuk mendapatkan sesi kaunseling khas kepada anak sulung mereka secepat mungkin.

Mereka juga akan memantau Aryan mengelakkan dari menghadiri parti dan acara publik.


#4 Tiada manisan

Aryan tidak dibenarkan menjamah hidangan dari luar dan hanya dibenarkan memakan makanan yang diberikan dalam penjara sama seperti tahanan lain.

Shah Rukh dan Gauri risau dan hampir tidak dapat melelapkan mata setiap malam memikirkan nasib anaknya.

BACA: Anak masih di penjara, Shah Rukh Khan, isteri tidak mahu sambut ulang tahun perkahwinan tanpa Aryan 

Jadi, Gauri mengarahkan tiada sebarang manisan disediakan di Mannat sehingga anaknya keluar dari penjara.

BACA: Jangan ada hidangan 'manisan' di rumah sehingga Aryan pulang, arah isteri Shah Rukh Khan 

Mungkin dengan pembebasan ini, keluarga itu akan menyediakan semula juadah manisan buat Aryan?

Mengimbas semula, permohonan ikat jamin Aryan kali kedua dan rayuan jaminan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa.

BACA: 10 minit yang bermakna, akhirnya Shah Rukh Khan 'bertemu' Aryan

BACA: Aryan, anak Shah Rukh Khan sudah berjinak dengan dadah sejak empat tahun lalu? 

BACA: Permohonan jaminan anak Shah Rukh Khan ditolak, Aryan dihantar ke Penjara Arthur 

Aryan ditahan bersama tujuh lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.

BACA: Anak Shah Rukh Khan ditahan reman sehingga Khamis 

BACA: Anak Shah Rukh Khan disiasat kes salah guna dadah di kapal persiaran 

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 130,000 rupee (kira-kira RM7,200).

Aryan ditahan di Penjara Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant. Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penjara wanita.

Usai pembebasan Aryan, Shah Rukh dijangka bakal kembali ke set penggambaran pada bulan hadapan.